Friday, August 18, 2017

Tahun 1 Medic Unimas

Assalamualaikum & Salam ceriaa



           Berakhirnya exam EOB (End of block) year 1, kami sekelas, 144 orang bergambaq sebagai kenang-kenangan. Setelah 5 block kami harungi, malam yang berganti siang, jadual kelas yang selalunya hingga ke petang, akhirnya tamatlah jua tahun 1. Hek eleh, baru tahun 1 (templak senior-senior year 3, 4, 5). Ye, cabaran yang lebih hebat bakal mendatang. 

Bagi readers-readers yang dah biasa baca blog aku, harap-harap dapat bertahan baca cerita budak medic pula lepas ni ye. 


Batch 2016/2017
Masih menunggu kalau-kalau ada nama batch.


Kenapa melepasi tahun adalah 'big deal' bagi pelajar perubatan?

         Pernah tertanya-tanya tak? 
Aku pun tak tahu sebelum aku melangkah masuk fakulti, rupa-rupanya.... 
Kalau tak cukup markah melepasi year 1, kena repeat year. Repeat the whole year. Tak cakap lagi medic ni selalunya 5 ke 6 tahun. Repeat silibus yang sama, dengan classmate yang baru. Moga diberi kekuatan untuk sesiapa yang repeat year medic. Your dream is bigger, your intention is pure, go get it! It may be a long journey but everyone's journey is different anyway. 


Alhamdulillah, aku dah melepasi year 1. Dan cuti lama lepas year 1 ini banyak memberi peluang untuk aku fikir balik, apa kelebihan dan kekurangan aku. Apa sebenarnya style belajar aku. 


Untuk junior-junior yang terjumpa post ini, ada benda yang guwe nak pesan.

          Tak semua orang dapat peluang macam yang awak dapat ni. Saya ada ramai kawan dan jumpa dah ramai orang yang nak ambil medic tapi Allah dah takdirkan mereka tempat yang lebih baik. Awak dah mulakan chapter baru sebagai pelajar perubatan dan nanti satu hari nanti sebagai seorang doktor InsyaAllah. Always be humble sebab kita ni tetap hamba Allah. Dan nanti, kita akan dikerjakan macam hamba ahaha. Cara belajar akan berbeza masa awak SPM / asasi / matriks. Semuanya akan laju jadi jangan lupa ambil nafas dalam-dalam. Doakan jugak kawan-kawan seperjuangan terutamanya yang sekelas. Tiada lagi istilah nak berebut tempat sekarang ni. Sekarang ni semua nak berganding bahu nak graduate untuk jadi at least safe doctors untuk pesakit-pesakit. Kalau nak hebat lagi, jadilah doktor untuk ummah.



Kalau nanti dah masuk belajar medic, mesti ingat akan belajar je kan 24/7? Tak... 
Jangan terkejut kalau jumpa kawan yang sempat je keluar sana keluar sini (outing), jalan-jalan sana sini. Sebenarnya ada je masa. Masa yang terluang itu, kalau boleh join usrah ke dengar ceramah ke join program ke. Kalau ""tak ada"" masa terluang pun, luangkan masa untuk perkara-perkara macam itu. Kalau tidak, hati rasa kosong. Mental rasa rabak. Fizikal rasa penat. Kalau rasa-rasa depression dah mula munculkan diri, get some help, dapatkan orang untuk dengarkan masalah. 


Ada kawan-kawan aku yang pelik, 
Tak busy ke nak belajar medic lagi, nak join program lagi? Definisi program : pergi usrah, pergi bermalam ramai-ramai untuk qiamulail, pergi rehlah (jalan-jalan) sambil belajar sesuatu yang baru dalam agama, pergi kem sambil jumpa kawan baru & ilmu agama baru, pergi ceramah agama dsb.

Jawapannya, Allah yang permudahkan.
Niat yang baik, Allah yang permudahkan segala yang baik-baik, jadi untuk itu, jangan risau akan perkara-perkara yang tak pasti. Kita belajar ilmu duniawi yang banyak, apa salahnya ambil ruang untuk belajar ilmu akhirat gak kan? 


Terlebih deeplah pulak. 


Untuk junior-junior yang nak tahu lagi lanjut pasal year 1, boleh cuba cari seniors. Blog ini, blog personal jadi tulisannya agak berbagai. Lagipun, aku takut readers rasa muak baca pasal life medic ahaha. 



Dah nak masuk year 2 ni, cuaklah pulak. 
InsyaAllah boleh! boleh! 

pengalaman medic unimas, perubatan unimas, medical student year 1, tahun 1 perubatan unimas


12 comments:

  1. setuju pasal 'tak semua orang dapat peluang macam awak', kena study smart dan sentiasa bersyukur. :D

    alhamdulillah, memang kalau ada niat belajar kerana ALLAH, belajar agama, ALLAH permudahkan segalanya. :)

    all the best utk year 2!! :3

    ReplyDelete
  2. betul tu! study memanjang takda keisian rohani pun fizikal mental rabak kot. ada kawan akak tanya dulu masa belajar. diorg tanya course kau kan busy mcm mana boleh rasa nak turun program? dan akak jawab, kalau kita tolong kerja Allah, Allah lagi akan tolong kerja kita tanpa disangka. tapi kena usaha sikit la. hehee

    ReplyDelete
  3. Tahniah melepas tahun pertama. Good luck utk tahun2 Akan dtg

    ReplyDelete
  4. angguk jee baca post ni sebab kita lalui benda yang sama... sedih tengok kawan-kawan yang kena repeat year 1, so kita yang masuk year 2 ni cuak at the same time memang tawakkal habiss.... T^T medic memang payah tapi malaslah nak tunjuk side yang payah tu... suka tunjuk side yang happy je kat orang ^_^

    ReplyDelete
  5. Nak tnya. Kan dkt unimas dpt tukar course klau dpt pointer yg ok. Klau, dri course lain dpt kh x klau apply pergi course medicine?

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

2023 - A comforting but struggling year

Assalamualaikum & Salam Ceria Tahun ni kiranya full year aku jadi HO. Alhamdulillah dah lalu 4 posting untuk 2023. Memang boleh rasa per...