Saturday, October 28, 2017

Dari kaca mata seorang hamba

Assalamualaikum & salam ceriaa!


Kawan aku pernah beritahu, "Aisyah, kau ini suka memerhatikan?"
Walaupun aku menidakkan ketika itu..
Tapi setelah lama aku terfikir
Aku suka memerhati.

Kita memang tak ada kuasa untuk baca fikiran orang. Tapi nikmat untuk melihat pun dah 1001 nikmat yang kita lupa nak syukuri hari-hari. Dengan melihat, kita boleh baca facial expression. Riak muka, posisi badan - badan yang jujur walaupun mulut yang menipu. Teringat pula, nanti di akhirat sana, mulut terkunci, anggota badan yang tampil mengaku.

Mana boleh tipu lagi, betul?


Tapi, pemerhatian kenkadang memerangkap kita. Boleh jadi tafsiran kita pada seseorang itu, jauh daripada apa yang sebenarnya berlaku. Sebab itu, kalau tak tahu, kena bertanya. Kalau ada gosip tentang seseorang, aku lebih suka bertanya kepada empunya badan (kalau mampulah ye).

Tapi selalunya, melalui pemerhatian, aku belajar sesuatu. Cara bercakap, cara bergaul dengan orang, cara belajar dalam kelas, cara jadi pemimpin.

Moga mata kita selalu menjadi mata lebah yang nampak sisi-sisi baik manusia,
daripada mata lalat yang nampak sisi-sisi buruk manusia. 



Kenkadang, aku melihat seseorang itu mempunyai sesuatu yang lebih daripada aku. Tapi kita kena ingatkan diri yang qanaah itu penting. Qanaah = berasa cukup dengan apa yang kita ada. Boleh jadi kalau kita ada kelebihan itu, lagi bawa mudarat kat kita. Selalulah pandang kepada orang yang kurang daripada kita, supaya kita bersyukur dengan apa yang kita ada.


Syukur syukur syukur.
Nikmat dah banyak sangat dah ni.

Nikmat Tuhan manakah yang engkau hendak dustakan?



Not so short post before examination.
Haiya, many more to go.
May Allah ease us along the way.

2023 - A comforting but struggling year

Assalamualaikum & Salam Ceria Tahun ni kiranya full year aku jadi HO. Alhamdulillah dah lalu 4 posting untuk 2023. Memang boleh rasa per...