Wednesday, September 27, 2017

Jerawat - Perlu ke ambil ringan?

Assalamualaikum & Salam cerioss!


            Dah masuk year 2 ini, MasyaAllah nak jeling tajuk drama pun tak sempat. Betulah, orang kata, tanggungjawab itu lebih banyak daripada masa. Rasa nak pinjam je balik masa waktu cuti dulu untuk tampung masa sibuk sekarang ini, tapi hakikatnya ianya impossible.


Jerawat?
Kalau ikut psychosocial impact (impak kepada psikologilah kiranya), mungkin boleh menyebabkan kurang konfiden, rasa malu nak jumpa kawan-kawan, takut orang lain rasa geli dan lain-lain.


Tapi rupanya jerawat pun boleh membawa maut.
Jangan berkerut dulu dahi itu, memang betul. Ada potensi jerawat ini boleh membawa maut dalam keadaan tertentu. Di bawah ini, saya akan cuba rungkaikan seringkas mungkin supaya harap-harapnya readers dapat faham apa yang saya akan sampaikan.

Selain daripada segi tiga nasi lemak dan freemason, ini dia :

Kalau ada jerawat yang tumbuh kat kawasan ini, tolong ambik perhatian lebih sikit. Letaklah ubat jerawat ke dan jangan picit jerawat itu atau cuba buatkan infection jadi lebih teruk.


Kenapa dikira sebagai kawasan bahaya? 



Haa kalau nak hafal pun boleh, baru dapat merasai apa yang medical students rasai betul tak?

Secara ringkasnya, bila ada infection (jerawat) berlaku kat atas kawasan hidung dan bahagian atas bibir, infection itu boleh merebak melalui veins yang ada tak jauh dari permukaan muka, dan boleh berkumpul kat bahagian cavernous sinus dan boleh merebak jangkitan tersebut ke OTAK. Bila berlaku jangkitan kat otak, secara ringkasnya saluran darah (veins) kat otak boleh tersumbat kemudian menyebabkan intracranial pressure (tekanan dalam otak) meningkat dan berlakunya strok.


Apapun, janganlah terlampau gelabah.
Masih boleh di-prevent.


Preventations :
  • Jangan picit jerawat / menyebabkan jangkitan makin merebak kat kawasan ini
  • Boleh guna ubat jerawat untuk rawat jerawat 
  • Kalau nak biarkan boleh ke? erm, boleh tapi lebih baik buat sesuatu sebab kawasan ini agak bahaya dan ada risikonya 
  • Apapun jangan terpedaya dengan produk kecantikan lokal yang menjanjikan janji manis yang tak masuk akal sebab selalunya bahan kimianya adalah bahaya  



P/s : Doakanlah aku dalam block ini.. Tengoklah, belajar pasal otak sampai terbawa-bawa ke entri blog. 


2023 - A comforting but struggling year

Assalamualaikum & Salam Ceria Tahun ni kiranya full year aku jadi HO. Alhamdulillah dah lalu 4 posting untuk 2023. Memang boleh rasa per...