Friday, July 7, 2017

Ramadan penuh di Sarawak

Assalamualaikum & Salam Aidilfitri



          Trust me I know, who brought about Ramadan when it was a week after raya? It's me.


Yep, memang sebulan itu aku tak berpeluang pun nak berbuka puasa dengan family, (tapi dengan family angkat pernah so yeay to that). Setiap kali ada orang tanya, bila tiket? Bila balik? Aku dengan sengihnya jawab malam raya. Yep, aku landing kat KLIA tu, memang dekat dah tu masuk waktu Isyak. Tapi Alhamdulillah, masih sempat diberi peluang beraya dengan family ;)


Sebenarnya, masa awal sebelum Ramadan tu, aku ada berazam sikitlah, nak cuba kuih-kuih kat Sarawak ni selain dari kek lapis. Bolehlah komen kalau pernah rasa mana-mana kuih ni.



Kuih celorot
Famous kat bazaar


Rasanya, nama dia kuih perahu. Kalau salah tolong betulkan.
Dia nampak macam tepung pelita versi panjang, sukati aku je
Famous kat bazaar


Kuih bongkol
Famous kat bazaar


3 kuih ni yang aku rasa sangat unik kat Sarawak, tak tahulah kalau kat bazaar semenanjung dah jual kuih-kuih ni ke tak. Sorry sebab tak gunakan gambar sendiri sebab seriously, aku terus makan & lupa ambik gambar. InsyaAllah lepasni, akan lebih beringat untuk ambil gambar.


Okay, ni pulak gambar makanan masa berbuka puasa dengan family angkat hehe



Fuhh, Ramadan dah tinggalkan kita guys. Harap-harap diri ini tak meninggalkan ibadah-ibadah Ramadan (tusuk diri sendiri). Serius, aku sangat faham betapa sukarnya istiqomah selepas beraya kat kampung. Sebab bila dah datang waktu beraya, kau akan tidur lambat. Tidur lambat, akibatnya meleretnya waktu subuh. Tahajud? Jangan tanyalah. 


Tapi takpe, cubaan untuk istiqomah pun satu usaha. Jiwa yang raya ialah jiwa yang sentiasa ingat pada pencipta ;)


Not only that, aku ingat lagi masa Ramadan ni, banyak kisah-kisah kematian yang aku dengar. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita pergi. 



Saya akhiri post ini dengan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin
MATRIYE!




8 comments:

  1. selorot dengan bongkol tu antara kuih fav BV, memang suka cari kat bazar tiap kali bulan ramadhan :D

    selamat hari raya, maaf zahir dan batin :)

    ReplyDelete
  2. 🌸💓🌼🌸💓🌼🌸💓🌼
    Jemput join segmen saya Segmen Sesuci Lebaran 2017 by Hani RahmanTerima kasih...
    🌸💓🌼🌸💓🌼🌸💓🌼

    ReplyDelete
  3. Teringin nK rasa kuih sarawak :D samala saya pun rindu ramadan jugak T^T time tu steady je perbanyakkan amalan sunat sekarang ni? Hmm

    Selamat hari raya too!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, uhuhu ramadann~

      Selamat hari raya everyone

      Delete
  4. not really a fan of kuihs tapi kuih perahu tu nampak sedap. mcm tepung pelita je rupa dia. rasa pun sama eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam sama kan? tp ada rasa kuihnya berbeza. Kuih perahu ni dia guna gula apong dan lebih lembut isinya

      Delete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)