Wednesday, August 24, 2016

Rezeki atau Fantasi?

Assalamualaikum & salam cerios!


"When you feel like quitting, think about others that didn't get the chance."




        Hari-hari bila keajaiban berlaku, aku selalu tertanya, (kekadang aku nangis) sebab aku rasa Allah bagi nikmat yang banyak tapi masih ada sisi-sisi slack aku sebagai hambaNya. Selalunya kalau benda itu betul-betul aku tak sangka, aku akan nangis. Lagi-lagi kalau benda tu dah lama aku idamkan. 


Minggu ini, minggu last aku ber-honeymoon. Life aku kat katil hampir 24 jam mungkin lepas ini terpaksa dilupakan. Aku dengar cerita lepas ini aku dah susah dapat cuti. Itulah pengorbanan nak dapatkan ilmu ye dak. Untuk post harini, aku akan jadi random je. Ini komen yang menyentuh hati dalam post aku yang sebelum ni.




            Bacalah belog beliau, dan sedialah ternganga tengok result 4.00 yang berbaris. Hewhew, 4.00 flat ini aku tak pernah sentuh lagi setakat ini dan untuk future, aku ini seorang yang realistik, aku tak rasa yang aku akan ada peluang untuk 4.00 flat haha (tolong jangan pessimist macam aku). 




Minggu ini memang benda baik jadi ke apa? 


Aku dapat hadiah dari kawan aku, Saza (klik untuk tengok insta). Masatu kebetulan tolong ambikkan lukisan yang dia lukis untuk kawan aku. Pastu, dia bagi aku ini sekali. Cantik! Lepastu dia ada gak tegur pasal jerawat aku ahaha. Doakan aku flawless balik macam zaman baby okay!




Nak order boleh wsapp Saza (+6017-2126265) dan bincanglah harga dengan dia eh
Boleh pilih design, tak semestinya bentuk geometri. Lukiskan gambar pun boleh.
(SIAP LAMINATE)



Last sekali, sungguhku tak sangka takku duga,

AKU MENANG GIVEAWAYYY!

Aku menang buku yang kiri itu.

Terima kasih buat penganjur. Jujurlah kalau ada 2 orang pemenang lagi tu ikut syarat, aku rasa aku tak dapat buku ini. Rezki, Alhamdulillah.


Apapun guys, 
Bad things will eventually go away. This too shall pass. Saya, penulis blog ni berharap korang dapat minggu yang ceria sempena Merdeka & selepas Olimpik ini! Tahniah pasukan Malaysia#



WHEN LIFE GIVES YOU 
HUNDRED REASONS TO BE SAD, 
SHOW LIFE THAT YOU HAVE 
THOUSAND REASONS TO SMILE.

Acah-acah blog motivasi sikit


Thursday, August 18, 2016

TheDecision 2 : Sambung belajar lagi

Assalamualaikum & salam cerios!


         Lepas habis asasi hujung bulan April, sejak itu mak ayah aku hampir setiap hari tanya, "Result universiti dah keluar ke? Dapat course apa?" Maka aku pun berhuhuhu sebab parents lagi cuak dari anak sendiri.


'When I was just a little girl,
I ask my mother, what will I be?'

'Will I be pretty?
Will I be rich?'

'And here's what she said to me.
Que sera sera.
What ever will be will be,
The future's not ours to see,

Que sera sera.' - ♪ Doris Day


        Dan, Ogos pun tiba. Sebenarnya tak ada banyak perubahan pun, aku akan sambung belajar ke Unimas jugak. Kos apa? Kos bidang sains. UM dan USM pun aku mohon juga, saja-saja cuba nasib walaupun tahu peluang nipis. Macam dijangka, tak dapat. Tapi tak apalah, Alhamdulillah. Dah bersyukur dah dapat masuk universiti. Tak kisahlah IPTA ke IPTS asalkan belajar ye dak?


          Untuk sesiapa yang rasa tak puas hati dengan course yang korang dapat, ataupun kau dapat kos yang kau nak tapi perasaan kau berbolak-balik, korang nak tukar course pun dah tak boleh. Peluang nak tukar pun macam tipis je. Cuba perlahan-lahan tanamkan sifat chenta dalam subjek-subjek yang korang akan belajar. Dan, kalau kau jenis nak jugak dengan cita-cita asal kau, so jangan putus asa!  Usahakan selagi boleh! Asalkan kita tahu, yang kita dah berusaha tapi Allah penentunya.


Belajar ini takyah nak jadikan pertandingan lumba lari. Sapa habis belajar dulu dia menang? No.



Unimas, here we go again! 


Ini jambatan cinta Unimas. Cuba positif, mungkin cinta ilmu kut *tangan di dada



Aku bersyukur sebab dari tadika sampai universiti, aku dapat masuk tempat belajar yang serba lengkap. Aku tak nak jadikan entry ini poyo dengan tunjukkan apa yang ada kat Unimas (more like malas). Boleh search kalau nak tahu apa kelebihan Unimas. Dan sebenarnya aku tak kisah masuk Unimas sebab aku asasi kat sana juga dulu. Ada kelebihan tersendiri kalau jadi ex-asasi Unimas walaupun tak boleh masuk IPTA lain secara amnya. 

Jangan tertukar eh Unimas dengan UMS. UNIMAS SARAWAK, UMS SABAH


Ini antara fakulti yang ada kat Unimas :


  1. Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS)
  2. Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FIT)
  3. Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM)
  4. Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK)
  5. Fakulti Kejuruteraan (FK)
  6. Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEB)
  7. Fakulti Sains Sosial (FSS)
  8. Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK)
  9. Fakulti Pengajian Bahasan dan Pengajian Komunikasi (FPBPK)


Quiz Imaginasi :
Katakanlah, kalau anda masuk Unimas, fakulti mana yang anda akan masuk?



Previously on : http://kisahmissxyz.blogspot.my/2015/05/thedecision-sambung-belajar.html


Wednesday, August 10, 2016

Travelog Faghuzi/Kompilasi Travelog 7 Benua GIVEAWAY By Aku Seorang Traveler

Assalamualaikum & Salam Cerioss



Klik gambar atas untuk travel ke blog awesome (kasi puji sikit)

Done follow kedua-dua blog.

Tag : nurulee



        Aku memang suka baca buku travel. Masa pesta buku haritu, 2-3 buku pasal travelling. Dulu aku ingat minat aku travelling tapi aku lagi minat duduk dalam keselesaan mungkin? Tapi buku travelling ni berjaya buka minda aku sikit. After all, kita memang dituntut untuk mengembara di muka bumi Allah. Sebabkan aku ni perempuan, aku rasa lagi secure kalau ada kawan sekali. 


Kat Malaysia, aku memang dah jejak kaki kat semua negeri. Jejak kaki tapi tak menjelajah. Luar negara pulak, Bali dengan Singapura. Tapi paling best kalau dapat jejakkan kaki ke Mekah & Madinah. Doakan yang terbaik untuk kita semua!





Saturday, August 6, 2016

Cara Menabung yang Tak Pernah Terfikir

Assalamualaikum & salam cerios!


     Sejak akhir-akhir ini aku makin rajin ke fb sebab entahlah, mungkin sebab system dia lebih baik. Kadang-kadang baca komen yang macam nak bertumbuk buatkan rasa nak tergelak. Antara page yang aku suka baca : IIUM Confessions tapi aku tak pernah lagilah confess. Segan kut, aku bukannya dari UIA.


Okay, tapi ini takda kena mengena dengan page confessions.


Aku terjumpa satu post yang orang share, cara nak menabung guna duit RM20 & RM5. Cara dia mudah je, bila ada je duit RM20 / RM5 terus je simpan dalam tabung. Tak kiralah dapat baki ke, orang bagi ke (rare), keluar dari mesin atm ke, atau dapat angpau ke terus je simpan dalam tabung. Asalkan jangan mencuri pulak.






Boleh je nak fleksibel, nak target simpan sama ada duit RM50 / RM20 / RM10 / RM5 / RM1.


Kiranya asal jumpa RM20 / RM5 je masuk tabung. Senang je kan? Duit lain cam sepuluh hinggit, limopuluh hinggit, singgit korang boleh guna. Duit lain boleh guna cuma target duit yang kalian nak simpan tak boleh guna.



Dulu aku rasa menabung ni dah tak relevan bila dah masuk universiti. (Relevan masa sekolah je sebab mak kasi duit saku). Tapi bila ada orang bagi idea macam ni. Sangat make sense dan possible kalau kuat jati diri kahkahkah.


Tips yang sangat sesuai untuk semua peringkat umur.



Aku pun nak cuba lepasni. Jom!


Tuesday, August 2, 2016

#HonestReview : Good Virtues Co Anti-Dandruff Shampoo

Assalamualaikum dan salam ceria!

#HonestReview means : This review is not paid or the writer has any desired to sell the products. Senang cerita, ni free advertisement as appreciation of this product.


It's August now!
Tak lama lagi nak sambung belajar pulak. #roadtodegree. Haih, menyesal sungguh tak update apa-apa bulan Julai. Padahal duduk rumah je tak kerja apapun. Now, let's get to it!





       Selalunya orang tak kisah sangat pasal shampoo ni. Jenama apa-apapun sama je. Aku pernah try jenama-jenama shampoo mainstream macam Dove, Loreal, Sunsilk, yada-yada. Tapi shampoo ni paling best sekali - bagi akulah.


Okay, refer gambar atas. Kiri tu aku beli sebab nak try. Harga dia murah dalam RM4+. Ini aku beli masa kat Sarawak, kat Summer mall. Sesuai sangat untuk students yang nak jimat. Kanan tu aku beli kat Giant. Harga dalam RM20+. Bagi aku murah untuk botol besar macam ni.



    Pros

- Harga berpatutan dan murah
- Packaging menarik
- Bau dia wangi tapi tak terlalu kuat. Subtle. Tapi wangi dia tahan 2 hari paling kurang.
- Masalah kelimumur dah hilang
- Rasa berangin sejuk je lepas pakai
- Boleh beli online
- No paraben, SLS, no animal testing



    Cons

- Rambut akan kering sangat lepas pakai. Tapi okay balik keesokannya
Kalau tak nak kering, pakai conditioner / minyak rambut.
- Tiada refill pack (setakat inilah)
- Susah nak jumpa tapi boleh cari di Giants, Guardian / Watsons yang besar but then again boleh beli online.








Good Virtues Co 

Rupanya ini jenama Malaysia. Serius dulu ingat jenama ni dari negara arab ke apa ke. Sebab dia ada tanda halal. Pastu rasa macam yislamik feelings. Jadi, jomlah support produk buatan Malaysia. 





Ini serum rambut. Rambut pun ada serum okay, jangan memain. Tekstur dia macam minyak, warna dia macam air (transparent). Wangi sangat! Harga dia dalam RM20+ atau RM10+ agak mahal sikit untuk botol besar ni tapi berbaloi jugaklah. Shampoo high-end products lagi mahal kut.  Rambut jadi lembut lepas pakai macam bulu kucing jiran sebelah tau!


Rambut aku ini tak boleh pakai shampoo yang kuat sangat bau dia, nanti dia gugur. Setakat ni pakai products ni takde major keguguran rambut. 




P/s : Aku tak beli conditioner sebab tak jumpa + malas nak beli online ehehe.


Sayangilah rambut anda kerana anda tidak botak
kehkehkeh