Thursday, August 18, 2016

TheDecision 2 : Sambung belajar lagi

Assalamualaikum & salam cerios!


         Lepas habis asasi hujung bulan April, sejak itu mak ayah aku hampir setiap hari tanya, "Result universiti dah keluar ke? Dapat course apa?" Maka aku pun berhuhuhu sebab parents lagi cuak dari anak sendiri.


'When I was just a little girl,
I ask my mother, what will I be?'

'Will I be pretty?
Will I be rich?'

'And here's what she said to me.
Que sera sera.
What ever will be will be,
The future's not ours to see,

Que sera sera.' - ♪ Doris Day


        Dan, Ogos pun tiba. Sebenarnya tak ada banyak perubahan pun, aku akan sambung belajar ke Unimas jugak. Kos apa? Kos bidang sains. UM dan USM pun aku mohon juga, saja-saja cuba nasib walaupun tahu peluang nipis. Macam dijangka, tak dapat. Tapi tak apalah, Alhamdulillah. Dah bersyukur dah dapat masuk universiti. Tak kisahlah IPTA ke IPTS asalkan belajar ye dak?


          Untuk sesiapa yang rasa tak puas hati dengan course yang korang dapat, ataupun kau dapat kos yang kau nak tapi perasaan kau berbolak-balik, korang nak tukar course pun dah tak boleh. Peluang nak tukar pun macam tipis je. Cuba perlahan-lahan tanamkan sifat chenta dalam subjek-subjek yang korang akan belajar. Dan, kalau kau jenis nak jugak dengan cita-cita asal kau, so jangan putus asa!  Usahakan selagi boleh! Asalkan kita tahu, yang kita dah berusaha tapi Allah penentunya.


Belajar ini takyah nak jadikan pertandingan lumba lari. Sapa habis belajar dulu dia menang? No.



Unimas, here we go again! 


Ini jambatan cinta Unimas. Cuba positif, mungkin cinta ilmu kut *tangan di dada



Aku bersyukur sebab dari tadika sampai universiti, aku dapat masuk tempat belajar yang serba lengkap. Aku tak nak jadikan entry ini poyo dengan tunjukkan apa yang ada kat Unimas (more like malas). Boleh search kalau nak tahu apa kelebihan Unimas. Dan sebenarnya aku tak kisah masuk Unimas sebab aku asasi kat sana juga dulu. Ada kelebihan tersendiri kalau jadi ex-asasi Unimas walaupun tak boleh masuk IPTA lain secara amnya. 

Jangan tertukar eh Unimas dengan UMS. UNIMAS SARAWAK, UMS SABAH


Ini antara fakulti yang ada kat Unimas :


  1. Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS)
  2. Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FIT)
  3. Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM)
  4. Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK)
  5. Fakulti Kejuruteraan (FK)
  6. Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEB)
  7. Fakulti Sains Sosial (FSS)
  8. Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK)
  9. Fakulti Pengajian Bahasan dan Pengajian Komunikasi (FPBPK)


Quiz Imaginasi :
Katakanlah, kalau anda masuk Unimas, fakulti mana yang anda akan masuk?



Previously on : http://kisahmissxyz.blogspot.my/2015/05/thedecision-sambung-belajar.html


15 comments:

  1. Woww whatever it is congratulations :D

    ReplyDelete
  2. good luck dear,
    further study tengah ada mood nak bljar,klu mcm akk ni dah kelaut
    hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha, kalau ikutkan saya paling tinggi pun sijil asasi yg tak laku pun klu nak mintak kerja. jadi, saya sambung degree

      Delete
  3. Tahniah! Senanglah dpt universiti kt tempat yg sana, dh faham selok belok kampus kan hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. faham sikit2lah.. saya ni jenis mudah sesat kahkahkah

      Delete
  4. goodluck girl, betul tu jangan jadikan alam belajar sebagai perlumbaan..cpt atau lambat bkn ukuran pemenang..ilmu dan pengalaman yg akan jadi ukuran..once again congrates and all the best

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u for the wise wordss. Doakan jugak hehe

      Delete
  5. Tidak mengapa lambat. Biar lambat asal selamat bukan?

    Saya pelajar 8A 1B ketika SPM dan saya sambung pelajaran di peringkat diploma. Ramai orang menanyakan mengapa saya sambung diploma manakala ramai pelajar foundation degree memperlekehkan saya dengan mengatakan kemungkinan saya tidak dapat masuk asasi. Sebaliknya mereka tidak mengetahui bahawa saya adalah pelajar khas mara yang menyambung tiga tahun malaysia, tiga tahun australia. Begitu jua dengan rakan rakan straight A's yang mengatakan saya tidak berjaya kerana slack satu A. Tidak ku sangka rezeki ada dimana mana. Alhamdulillah rezeki saya walaupun bermula dengan perlahan, tapi ianya continuous. Terima kasih Allah.

    Apabila saya mengatakan saya ingin dapatkan 4.00 di semester pertama, saya diketawakan. Saya percaya dengan impian, usaha serta doa keberkatan Allah s.w.t segalanya mampu berubah.

    Oleh itu jangan putus asa. Tetapkan impian baru di tempat baru.
    Usaha dan inshaAllah awak akan kecapi ia jua.

    I hope you will able to make your parents proud, your enemies jealous and yourself happy!

    Tahniah dan semoga berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. srsly, akak sangat inspirational untuk bgi semangat saya study (even masa asasi saya baca entry blog akak dan bertambah semngat). Walaupun kita kos berbeza, tp tips2 sgt relevan..

      insyaAllah saya takkan putus asa. Dan harap2 the only enemies I have are shytonss ahaha

      Delete
    2. I have lots of shytooonnsss too. To be honest, I didn't study macam nerdy tuuu. I am die hard fans of kpop and kdrama. And tahap critical okay! But do plan and manage your time.

      InshaAllah berjaya! I want you to be successful absoloute!

      Thank you dear

      Delete
  6. lawa gilaaa unimas...gudluck girl!! hehe kita sebaya :D

    ReplyDelete
  7. wahh cantik nye.. kolej kita dulu biasa biasa je

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)