Tuesday, August 2, 2016

#HonestReview : Good Virtues Co Anti-Dandruff Shampoo

Assalamualaikum dan salam ceria!

#HonestReview means : This review is not paid or the writer has any desired to sell the products. Senang cerita, ni free advertisement as appreciation of this product.


It's August now!
Tak lama lagi nak sambung belajar pulak. #roadtodegree. Haih, menyesal sungguh tak update apa-apa bulan Julai. Padahal duduk rumah je tak kerja apapun. Now, let's get to it!





       Selalunya orang tak kisah sangat pasal shampoo ni. Jenama apa-apapun sama je. Aku pernah try jenama-jenama shampoo mainstream macam Dove, Loreal, Sunsilk, yada-yada. Tapi shampoo ni paling best sekali - bagi akulah.


Okay, refer gambar atas. Kiri tu aku beli sebab nak try. Harga dia murah dalam RM4+. Ini aku beli masa kat Sarawak, kat Summer mall. Sesuai sangat untuk students yang nak jimat. Kanan tu aku beli kat Giant. Harga dalam RM20+. Bagi aku murah untuk botol besar macam ni.



    Pros

- Harga berpatutan dan murah
- Packaging menarik
- Bau dia wangi tapi tak terlalu kuat. Subtle. Tapi wangi dia tahan 2 hari paling kurang.
- Masalah kelimumur dah hilang
- Rasa berangin sejuk je lepas pakai
- Boleh beli online
- No paraben, SLS, no animal testing



    Cons

- Rambut akan kering sangat lepas pakai. Tapi okay balik keesokannya
Kalau tak nak kering, pakai conditioner / minyak rambut.
- Tiada refill pack (setakat inilah)
- Susah nak jumpa tapi boleh cari di Giants, Guardian / Watsons yang besar but then again boleh beli online.








Good Virtues Co 

Rupanya ini jenama Malaysia. Serius dulu ingat jenama ni dari negara arab ke apa ke. Sebab dia ada tanda halal. Pastu rasa macam yislamik feelings. Jadi, jomlah support produk buatan Malaysia. 





Ini serum rambut. Rambut pun ada serum okay, jangan memain. Tekstur dia macam minyak, warna dia macam air (transparent). Wangi sangat! Harga dia dalam RM20+ atau RM10+ agak mahal sikit untuk botol besar ni tapi berbaloi jugaklah. Shampoo high-end products lagi mahal kut.  Rambut jadi lembut lepas pakai macam bulu kucing jiran sebelah tau!


Rambut aku ini tak boleh pakai shampoo yang kuat sangat bau dia, nanti dia gugur. Setakat ni pakai products ni takde major keguguran rambut. 




P/s : Aku tak beli conditioner sebab tak jumpa + malas nak beli online ehehe.


Sayangilah rambut anda kerana anda tidak botak
kehkehkeh





12 comments:

  1. Betuul packaging dia memang menarik sampai hari tu rasa nak beli sebab packaging bukan sebab betul-betul nak try product tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Saya cmni jugak masa first2 beli tu.. Tak sangka produk dia pun bagus. Kdg2 ada produk packaging tip top tapi hampeh ~.~

      Delete
  2. Tryla! Kalau takde masalah kelimumur, boleh cari jenis yg lain tp jenama GVC jugak. Boleh cari online kat official website dia

    ReplyDelete
  3. saya pon almost nak beli sbb cantik botol dia..tp tak blh,, ada byk lg syampu kat rumah hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpela, hbiskan shampoo kt rumah dulu.. Mcm saya ckp, shampoo bgi saya smua sama je, hehehe

      Delete
  4. dah terbiasa pakai sunsilk dan head & shoulders je kat rumah ni tapi lepas baca review ni rasa macam nak try pulak haha

    ReplyDelete
  5. mmg xnafi packaging n colour dy menarik..sesuai dgn pilihan gegirl..

    ReplyDelete
  6. heyy dalam bilik mandi kitew pon ade! tapi sabun la, bukan syampu, tu pon akak punya. bau dia memang wangi, huda suka! slalunya huda susah nak jumpa dengan sabun mandi yg ngam dgn kulit huda, mudah kering. tapi stakat guna sabun jenama ni okey la. bau wangi dia pon tahan lama. worth it

    ReplyDelete
  7. Baru tau brand Malaysia. HAHAHAHA I pernah pakai toner from this brand. Not bad lah.

    ReplyDelete
  8. menarik nie. BV pernah ternampak kat guardian kalau taksilap. memang menarik perhatian packaging dia. rasa nak try je. :)

    ReplyDelete
  9. My hair bnyak kelumumur. lepas baca ni macam nak try lah. hahaha

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)