Tuesday, November 24, 2015

Saat kamu berimpian, KEJAR! JANGAN LEPASKAN!

Assalamualaikum  & salam ceria!

"Don't lower your expectations to meet your performance. Raise your level of performance to meet your expectations. Expect the best of yourself, and then do what is necessary to make it a reality."
- Ralph Marston




So.. Aku pernah post pasal tak tahu nak jadi apa - sedangkan dalam diri aku, membara nak satu hari nanti dapat buat research pasal mata ; Cara yang terbaik untuk hilangkan rabun. Walaupun ye, aku tahu dah ada orang pun temui solusi itu, tapi aku nak research mendalam pasal itu. Sehinggalah haritu aku dapat komen begini ;


buat pilihan terbaikk...kalau bole and ada peluang jadilah doktor!!!!!!ramai org tak berpeluang jd doktor atau amik kos medic..ketika ada peluang rebut lah peluang ini dan guna sebaik2nya......aishhhhh..saya dulu nak kos medic tapi tak dpt dan kesudahanya melencong ke bidang lain...All the best!saya doakan yg terbaik utk anda..... 
- Aiman Mania


Komen ini serius mencetus inspirasi untuk aku wujudkan post ini. 


Impian kita tak semestinya berbentuk pekerjaan apa yang kita nak jadi. Boleh jadi impian kita nak bahagiakan orang tua kita, nak travel satu dunia, nak tolong umat Islam, atau beli kereta mewah atau nak ambil alih tempat Bill Gates ke atau nak kawen awal ke #aip.


You are free to do so. 
BERIMPIANLAH.
Selagi impian itu baik, 
Dan, pastikan effort yang bagus pun kena ada. 


Soalan saya,
Bilakah kali terakhir anda berimpian?
Dah capai ke impian itu?



Tuesday, November 17, 2015

Braces Diary : Pertukaran klinik kerajaan

Assalamualaikum dan salam ceria!


        Saat ini, saya tengah menunaikan janji nak update masa cuti sem ni walaupun sedikit lambat. So, seperti yang sebahagian yang tahu, aku sambung belajar ke Sarawak masa Julai lepas. Kiranya dah beberapa bulan aku duduk Sarawak dan sangat imposible untuk aku balik ke Semenanjung setiap kali appoinment memandangkan klinik kerajaan buka masa hari kerja je, dan weekdays ialah hari kuliah aku.

Ye, asasi kuliah setiap hari. Macam matriks.
(Saya sangat jeles dengan diploma ahaha)


Google maps banyak membantu ;')
Dan mobile data juga ahaha


Di sini aku nak cerita pengalaman aku cari klinik kerajaan masa kat Sarawak. Nope nope, bukan macam korang bayangkan naik sampan ke apa ke. Naik kereta uolls, Dan, boleh dikatakan klinik kerajaan kat Sarawak is suprisingly a lot.


Dan... tak dinafikan banyak duit aku habis untuk bayar kereta sewa. "ain't about the money money money" heh.



Mula-mula, aku pergi Klinik kerajaan Jalan Masjid, dekat dengan Plaza Merdeka, Kuching. Pergi-pergi sekali diorang kata doktor pakar dah pindah ke Petra Jaya, (info : Kalau braces memang akan jumpa doktor pakar ortodontik, bukan doktor gigi biasa).

               Dan nurse yang jaga kaunter cadangkan aku pergi Tanah Puteh atau Petra Jaya. Tapi memandangkan masa itu dah pukul 3.00 petang camtu, aku buat keputusan untuk ke Tanah Puteh. Cuba nasib. Sebab kalau nak ke Petra Jaya dari Kuching ambil masa 30 - 45 minit.

Klinik kerajaan ada masa tutup dia. So, tak sesuai ke Petra Jaya.


Sekali bila sampai dekat Klinik kerajaan Tanah Puteh (tak jauh sangat dari Klinik kerajaan Jalan Masjid), nurse kata doktor dah pindah ke Klinik Petra Jaya. Alangkah sedihnya aku. Uhuhu. Tak pasal-pasal hari itu aku traveling klinik kerajaan.


Klinik kerajaan sekitar Kuching


Summary perjalanan aku :
- Hari sama -
1. Klinik Kesihatan Jalan Masjid
2. Klinik Kesihatan Tanah Puteh

- Hari berlainan -
3. Klinik Kesihatan Petra Jaya


       Klinik kesihatan Petra Jaya is so beautiful I tell you. Mungkin sebab baru dibina, Ada aura modern temporary. Klinik kesihatan kerajaan yang paling cantik aku pernah pergi. 


Klinik Pergigian

Klinik ini kat tingkat atas. So, kena naik lif, Ye, ada lif, Aircond. Selalunya klinik pergigian kat klinik kesihatan kerajaan kat tingkat atas. (Pemerhatian setelah pergi ke beberapa klinik kesihatan LOL). 


      Akhirnya, aku dapat set appoinment, dan dah pergi pun appoinment gigi masa haritu. Lepas cuti sem, kena pergi appoinment lagi kat situ. Kalau kes aku, doktor kat klinik Seri Kembangan refer kan aku ke Sarawak. Doktor akan bagi :

1. Surat dan case study 
2. Model gigi 


Dan, macam biasa klinik kerajaan selalu mintak :
1. Goverment letter (GL) dari mak ayah yang kerja kerajaan
2. Surat pengesahan dari sekolah / universiti (tempat belajar)



Harap dapat membantu sesiapa diluar sana yang ada masalah sama macam saya. 
Dan, harap dapat tambah pengetahuan baru.



P/s : Maaf kalau saya tak dapat jawab semua pertanyaan pasal braces. Saya tak tahu banyak sangat sebenarnya. Semua ini berdasarkan pengalaman sendiri saja, ehehe.


/Related posts :
Braces diary : Cabut gigi
Braces diary : Pakai braces
Braces diary : Only people with braces will understand


2023 - A comforting but struggling year

Assalamualaikum & Salam Ceria Tahun ni kiranya full year aku jadi HO. Alhamdulillah dah lalu 4 posting untuk 2023. Memang boleh rasa per...