Saturday, February 28, 2015

Ujian JPJ : Tips Mungkin Berguna untuk Lulus


"balik kampungg.. oooo.. balik kampung"
takde kaitan.


Assalamualaikum


                Walaupun dah beberapa hari lepas ujian jpj aku, aku still tak percaya yang aku dah lulus ujian jpj. I mean sampai sekarang! Tapi, ku tetap mengucapkan seribu syukur kepada Ilahi. Alhamdulillah. Aku ini ada sindrom time latihan bawa okey, time ujian bawa ngeng sikit. Sebenarnya, aku nak share pengalaman aku ujian jpj, tapi disebabkan aku masih waras, aku tak nak nanti aku terpaksa ulang ujian jpj balik, kahkahkah.


Oh, dan aku tak rasuah pegawai jpj okey. Harom


Datangnya, entri ini bukan nak memberi tunjuk ajar, cuma nak bagi tips yang mungkin berguna. Sebab apa mungkin? Sebab aku tak berani nak cakap 100% berguna memandangkan aku sendiri lulus dengan markah cukup-cukup makan je, tambah pulak aku tak pernah lagi ambil lesen lain macam motor.

Harap-harap adalah yang berguna ye.


1. Kereta
Faktor kereta ini sebenarnya sangatlah penting! Ini jugak yang menjadi modal alasan kalau dapat markah rendah dalam ujian jpj. Kalau boleh, berlatihlah menggunakan kereta kancil dan viva. Tengok sekali bahagian enjin kedua-dua kereta (rpk & rsm). Selalunya, (tak pasti kat tempat korang) kalau jalan raya guna Viva. Litar guna Kancil.


Aku cakap perbezaan dia sikitlah, ini untuk kereta manual.
Kancil - badan dia kecil, clutch dia rendah, dan ringan
Viva - badan dia besar dari kancil. clutch dia agak tinggi dan agak berat dari kancil.

Kalau kat bukit, masa nak imbang, jangan takut tekan minyak. Biarlah bunyi ganas macam transformers atau mirip kereta ferrari, asalkan lepas bukit yang penuh puaka itu. Huks

☂☂☂



2. Aku ambil lesen kereta manual, tapi kat rumah aku semua kereta auto. Selagi aku tak lepas ujian jpj, aku tak pernah gerakkan pun kereta auto kat rumah aku. (kereta itu milik mak ayah aku jangan salah faham lak). Sebabnya, sebab aku tak nak tertukar. Ini cuma personal preference, kalau korang tak kisah silakan.

✿✿✿



3. Masa aku dapat tarikh ujian JPJ, aku habis kelas awal. Maknanya, aku ada dalam beberapa minggu lagi sebelum ujian jpj. Ini saranan aku. Kalau boleh, ambilah kelas tambahan masa dekat-dekat tarikh jpj kalau korang jenis yakin-pelupa-takde keyakinan macam aku. Rahsia dia, makin banyak korang bawa kereta, makin banyak keyakinan untuk kau bawa kereta.

✈✈✈


4. Sebelum giliran kau tiba, takpun malam sebelum kau ujian jpj, daripada kau urut-urut dada berdebar takleh tidur, ada baiknya korang membaca/ulang kaji tentang RPK & RSM. Dan, kalau boleh, cuba dapatkan borang markah jpj. Study dari situ, mana markah yang akan ditolak dan mana yang perkara mandatori gagal.

♛♛♛



5. Ingat semua step-step pergerakan dalam litar. Kalau tak ingat, bincanglah dengan orang sebelah masa tunggu giliran. Sambil tu, boleh bincang pasal rpk & rsm. Nak lagi bagus, yang mana dah habis buat jalan raya itu, cuba tanya dia tips & camne dia buat. Kadang-kadang membantu dapat markah!

♪♪♪



6. Kalau boleh, sampai awal ke tempat ujian jpj. Sebab apa, sebab masa awal pagi selalunya pegawai JPJ akan bagi satu taklimat untuk semua calon. Pastikan datang awal supaya tak terlepas point-point penting dari pegawai JPJ. Oh, jangan lupa tengok nombor giliran yang selalunya ditampal kat papan kenyataan. 

Jangan lupa bawa Ic, lesen L dengan gambar passport okey.

⌚⌚⌚



7. Hormat dan fahami pegawai jpj. Diorang manusia jugak, mungkin sebab dah kena hadap dengan 1001 karenah calon masa haritu, mungkin emosi dan sikap dia terganggu. Apapun, senyum jela dengan penuh kesabaran yang jitu dan janganlah ambik tayar gantian baling tepat pada muka mereka. Oh dan selalunya, calon waktu petang terpaksa mengalami situasi ini. Sebab waktu itu, semua orang dah penat, nak balik rumah. Kalau bertuah, masa jalan raya, buat separuh je dari jarak jalan sebenar. Ini kalau bertuah. 

♥♥♥



8. Kalau untuk orang yang badan yang saiz kecil macam aku. Sobs. Kalau rasa kaki tak sampai, walaupun kerusi dah tarik sampai ke depan, kalau boleh tambahlah beg atau bantal supaya kaki sampai. Aku selalunya waktu latihan tak letak beg belakang badan, tapi alih-alih masa ujian jpj, dari litar ke jalan raya aku letak sebab kaki aku tak sampai. Sobs. 

∞∞∞



9. Bawalah botol air dari rumah, takpun bawa duit lebih untuk beli air mineral. Serius, cuaca panas sekarang ini. Untuk yang menjaga muka, pakailah sunblock. Nanti menangis pulak jadi dayang senandung. 

☼☼☼



10. Ini tips paling penting untuk orang Islam terutamanya. Bila dah tahu je tarikh ujian jpj, start daripada itu, kena mula berdoa supaya Allah permudahkan untuk lulus. Doa supaya lembutkan hati pegawai jpj untuk bagi markah yang baik. Jangan doa supaya terpikat dengan korang pulak ye. Kalau sempat, malam sebelum ujian itu, eloknya buat solat hajat sekali. Nak bersungguh-sungguh untuk lulus kan? Kita dah usaha, kenalah doa minta pada Yang Maha Pemberi. InshaAllah, semuanya akan berjalan lancar. 

☪☪☪



11. Untuk calon ulangan, jangan bersedih. Ada hikmah Allah tetapkan. Entah-entah korang bawa lagi hebat daripada orang yang lulus tapi cukup-cukup makan je. Yang leganya, selalu pegawai jpj akan dahulukan calon ulangan dahulu baru mulakan dengan calon fresh. So, korang akan dapat balik awal dan menikmati kejayaan setelah lulus. 

✄✄✄



Sejujurnya, aku bersungguh-sungguh nak lulus sebab aku tak nak susahkan mak ayah aku. Tak ada kena mengena untuk tunjuk hebat ke apa. Sebab mak ayah yang bayarkan. Tak sanggup lagi aku mengeringkan lagi dompet mereka. 


Aku harap post panjang galah ini mampu membantu readers sekalian dalam ujian jpj. Ingat, gagal sekali tak bermakna gagal selama-lamanya. Cuba lagi, cuba lagi. Jangan lupa senjata ampuh kita, yep. Doa. 




Moment paling menakutkan masa ujian jpj.




Jagalah jarak selamat anda!
Bukan dengan kereta je, dengan bukan mahram pun jangan lupa.



30 comments:

  1. blur je dkt sesetengah tips ni sbb sy belum start apa2 lagi xD

    mmg panas gila skarang ni. asyik beraircond je :P yg naik bukit tu macam menyeramkan je. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha, takpe2. nnt kalau dah daftar, dah pergi kursus 6 jam, dtg balik blog ni, hadam baik2 kehkehkeh

      Delete
  2. hehe lama sangat dah lepas ujian JPJ ni, alhamdulillah, lepas :) masa latihan dulu, cikgu sy ambik dari rumah, dan kadang2 dia bagi lah bawak kereta tu sampai litar latihan (sbb ada brake kan kat seat sebelah pemandu).

    kalau tak silap ada 2 teknik parking kan yg diajar? menegak dgn sisi. mula2 memang payah sy rasa nak masukkan kereta dalam kotak dia, tapi lama2 okay dah, siap boleh reverse parking dah :D

    yg penting, lepas dah dapat lesen ni, praktis ye bawak kereta awal2 ni, once dah dapat momentum kaki, tangan semua, insyAllah skills tu tak hilang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnya bawak dari rumah smpai ke litar O^O

      terima kasih sbb bgi nasihat berguna ni ahaha

      Delete
  3. thanks share the tips.. tahu tak, time qti, test dekat luar. pergh.. asyik kena marah je dengan penguji tuh.. sabar ja mampu time tu. gegara dia terlalu banyak cakap(marah) trus yaya salah tengok lampu isyarat... haha.. tambah-tambah la sakit hati dia.. wekk.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn kadang2 kita rasa tertekan dlm kereta tu, menyebabkan bawak lagi teruk ahaha. All the best for your ujian jpj :D

      Delete
  4. teringat zaman amik lesen.kemahennn haa sopan bawak 40km/h je.kehkehkeh. dh lulus pederas 140km/h

    ReplyDelete
  5. berhantu la part bukit tu. dulu ambil test ulang part situlah. nasib baik ada chance ulang sekali or 2 (x igt) if dekat bukit. alhamdulillah lepas jugak. sy follower #1545 ^^ Salam kenal!

    ReplyDelete
  6. Nice tips. Tapi kita dah lulus pun sampai la ni tak bawak2 kereta motor pun. hahaha..

    ReplyDelete
  7. Even dah lama lulus ujian jpj, bila awak cerita balik pasal ujian jpj ni, akak teringat plak masa akak. Rupanya sama aje ye walau dah 3,4 tahun lepas. Hehehe. Btw, congrats dah lulus. :)
    And all the best for SPM:)

    ReplyDelete
  8. awakk.kita fail bukit..hukhukhuk thanks tips awk ni saangat membantu

    ReplyDelete
  9. Adik saya pun macam awak juga. Masa awal-awal dia dapat lesen, dia langsung tak sentuh kereta auto. Dia bawa je kereta manual ke mana-mana. Sekarang ni, baru dia bawa auto. Itu pun jarang-jarang.

    ReplyDelete
  10. Esok saya ambik JPJ, terjumpa blog ni & your tips sangat membantu! Thanks sangat2! !

    ReplyDelete
  11. Oh!!! betul ke? Kalau kereta manual viva atas jalan raya dan kereta kancil untuk atas litar?
    Saya kalau bab viva ni takut sikit sebab enjin dia berat dan semasa nak naik bukit palinnnngggg fobia sekali sebab bunyi dia kuat amat dan kadang-kadang kena tekan minyak lebih dari cluth.

    ReplyDelete
  12. Zaman sekarang susah beno nak ambik lesen...part paling seram selekoh tajam & bukit...huhu by the way tq ada info n motivasi ni hehe

    ReplyDelete
  13. Saya pun terpaksa letak bantal dkt belakang sbb tk berapa sampai kaki 😂

    ReplyDelete
  14. Saya baru lulus ujian ulangan jlnraya jpj smlm :) alhamdulillah. Bkn xboleh buat, tp bila dduk dlm kereta tu sbelah jpj yg garang camtu mmg sume jd kelam kabut, yg betul jd xbetul trus.
    Org slalu repeat litar, sy lepas litar xlepas jlnraya pulak. jalanraya dia mencabar sgt sgt. 4 bukit kena lalu. Klau lampu merah msa atas bukit tu mmg doa byk2 harap kete gerak ke dpn je msa tu takut mngundur haha

    ReplyDelete
  15. Aq failed ujina jpj for on the road ..mmg nok harom tol ..aq biase nye kalo bawak keta time klaz x bukak aircond ..tp mamat jpj tu bukak aircond yg pling kuat ..so semput2 la keta yg aq bawak ..nk dekat smpi dh ..tp yg x leyh than ..keta mati enjin kat simpang ..arghh mmg fuk gila ..litar yg pling aq takut pass ..tp otr aq x past ..mmg bullsht gila ..-,-'''''

    ReplyDelete
  16. Thanks for the tips..���� yesterday ada test moto n terkandas dekat kon .. Hahaa .. Pastu minggu depan ahad test motor n ari isnin test jpj kereta.. Time rpk motor tu jpj sy dapat jenis saiko n nganjing n pemarah.. Saya memang x de mood teross .. Sakit aty n sbb tu laa benda senang macam kon x lepas tp jalanraya ok.. Huhuk .. Arap2 laa dpt jpj baek kat malaysia ni utk 2 hari tuu

    ReplyDelete
  17. Thanks for the tips..😄😄 yesterday ada test moto n terkandas dekat kon .. Hahaa .. Pastu minggu depan ahad test motor n ari isnin test jpj kereta.. Time rpk motor tu jpj sy dapat jenis saiko n nganjing n pemarah.. Saya memang x de mood teross .. Sakit aty n sbb tu laa benda senang macam kon x lepas tp jalanraya ok.. Huhuk .. Arap2 laa dpt jpj baek kat malaysia ni utk 2 hari tuu

    ReplyDelete
  18. Thanks for the tips..���� yesterday ada test moto n terkandas dekat kon .. Hahaa .. Pastu minggu depan ahad test motor n ari isnin test jpj kereta.. Time rpk motor tu jpj sy dapat jenis saiko n nganjing n pemarah.. Saya memang x de mood teross .. Sakit aty n sbb tu laa benda senang macam kon x lepas tp jalanraya ok.. Huhuk .. Arap2 laa dpt jpj baek kat malaysia ni utk 2 hari tuu

    ReplyDelete
  19. aku bru nk prgi dgr ceramah, rse tkot la plak sbb tk pndai bwk kereta haha, sblum ni ade la test tp asyik mati je enjin haha gne manual, igtkan nk pndai sket sket bla gi blajar kereta nnti, tp mcm tk bleh je, trpkse la pndai time blajar nnti 😂

    ReplyDelete
  20. Thanks for sharing. Sumpah bukit memang puaka skali dlm litar. Hehe. Esok test, agak nervous gak ni

    ReplyDelete
  21. Assalam..awak saya ni akan di test 18/4/2016....sya konfius parking....bole tunjuk step dia x...doa kan saya lulus dgn cmerlang...

    ReplyDelete
  22. time kaseh ... tips awk sgt membantu, saya harap sgt saya lulus jpj nanti...Amin ya Allah...=)

    ReplyDelete
  23. Ya Rabbi.. nervous semacam :( pdhal baru mau QTI pun.. hehe

    ReplyDelete
  24. Org slalu dtg test jpj pkol 8 saya kol 1 bru g test alhamdulillah lulus jugakk baru je tdii

    ReplyDelete
  25. Org slalu dtg test jpj pkol 8 saya kol 1 bru g test alhamdulillah lulus jugakk baru je tdii

    ReplyDelete
  26. Baru semlm test jpj.. Ttibe telebih garisan putih pulak.. Spoil mood tol.nk balik pulak tu.

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)