Thursday, May 1, 2014

Braces Diary : Cabut gigi

Assalamualaikum dan shelamat datang! 
Braces girl cabut gigi, kenapa kena cabut gigi untuk braces, mahal tak braces, sakit tak pakai braces, budak gigi besi, berapa gigi yang perlu dicabut, hospital kerajaan, comel, braces sakit

           
           Sekarang ini, pakai braces ini macam trend semasa. Semua orang nak pakai sebab nak nampak cute. Tapi bagi aku, aku ini dahlah pakai spek mata tambah pulak kekurangan aku membuatkan aku terpaksa mengenakan pakai braces. Boleh spot tak ciri-ciri lengkap ugly betty? Ahaha, cuma aku cute sikitlah ahaha *lempang buaya*.



Ingat pakai braces ini mudah ke? Sakit jugak.
Kalau ikut yang prosedur yang biasa, kena cabut 4 gigi supaya ada ruang untuk gigi itu bergerak. Unless kalau ada ruang lebih untuk gigi bergerak. Macam kawan aku, dia tak perlu cabut mana-mana gigi tapi dia kena pakai alat lain untuk jarakkan gigi dia.



Cabut gigilah paling seksa. Sebab gigi yang dicabut dari mulut aku ni gigi geraham atas bawah. Masa jarum bius dicucukkan ke lelangit itu, menyengat! Even selepas cabut gigi, darah mengalir-ngalir keluar. Pastu rahang bawah aku bengkak sikit sebab melolong kesakitan.

"Meh doktor, mehh meehhhh!" *suara ceria


Kalau tengok balik kad appoinment, aku ada

Cabutan gigi pertama
Cabutan 2 GIGI SEKALIGUS (ni paling seksa)
Cabutan gigi terakhir


Okay, aku nak cerita pasal cabutan 2 gigi sekaligus.  Mula-mula dia letak bius atas bawah sebab nak cabut gigi bahagian atas bawah. Yelah, logiklah kan. Masa itu, aku pilih hari cuti sekolah. So, kalau aku merengkut kesakitan kat rumah pun tak adalah rasa bersalah sangat. Lepas dia letakkan bius, dia letakkan acuan untuk ambil sampel gigi kita. Dia macam, paste warna hijau untuk ikut bentuk gigi kita sebelum cabut 2 gigi tersebut. Sayang ohhh, sebab gigi aku itu still cantik!


Sayang aku tak ambil gambar gigi aku yang dah dicabut itu. Sobs, sobs selamat tinggal!
Dan masa doktor cina itu cabut gigi aku, aku baca bismillah dengan zikir. Tapi memang time cabut tak sakit sebab dah bius. Tapi lepas sejam macam itu, gusi kauorang akan menjerit kesakitan! Muahaha. Habis kapas aku guna, ish ish ish.


So, kalau cabut gigi aku cadangkan :
1- Membuat persediaan mental
2- Bergambar dulu ke sebelum cabut (kenangankan?) *optional*
3- Masa doktor nak cabut, bacalah bismillah atau zikir (bagi muslim)
4- Minta kapas lebih / beli daripada farmasi
5- Jangan makan makanan yang panas dan keras


Masa cabutan 2 gigi sekaligus itu, aku bantai je makan jagung. Ahaha, jangan ikut eh! Aku dah makan agak-agak separuh baru teringat yang aku tak boleh makan makanan keras. Hampeh. Dan, disebabkan doktor cabut gigi aku bahagian kanan masa itu, aku terpaksa kunyah makanan belah kiri.  

Tertelan darah itu perkara biasa cuma kalau boleh kurangkanlah sebab tak elok. Kang jadi Edward Cullen kang takpun nak lagenda sikit, Raja bersiung. Naya kang mak korang kena bawa supplier darah untuk korang. 



"erm erm, lazatnya darah." eeiyuw.


             Tujuan entry ini bukan nak takut-takutkan bakal pemakai braces ke apa, tapi ini kenyataan. Certain people kata tak sakit pun pakai braces ini. Tapi sebenarnya perlukan pengorbanan jugak weh. So, kat luar sana reconsider semua itu kalau gigi dah cantik, tersusun elok, rasanya tak perlu kut nak pakai braces. 




Also :
Hukum memakai braces 
Kenapa kena cabut gigi untuk pakai braces?


Sesiapa yang dah baca sejauh ini, korang memang tabah :p
Nanti, In Sha Allah aku update lagi pasal braces ini selepas Mid-Year Exam. Dear myself, jangan jadi malas sangat. periksa dah dekat dah ini :p



Dapat post entry ini pun sebab hari ini cuti umum, Hari Pekerja.
Kalau tak, hmm.