Sunday, August 10, 2014

Kehilangan

"I never understand the value of something - until it was aken away from me."

...


           Masa itu aku dalam kelas. Kelas BM dah nak berakhir. Waktu rehat masatu. Sebenarnya aku dari pagi itu tak tenteram. Aku fikirkan pasal nenek aku. Kena tahan lambat pun aku tak fikir samgat pasal denda apa semua, yang aku fikir. Aku nak balik kampung, tu je. 


Tiba-tiba, adik aku datang. Dia cakap, "akak, tok dah meninggal." her voice was barely shaking. Mungkin dia pun terkejut. Aku well yeah, aku tak boleh control rasa sebak aku. Dan air mata jatuh. Aku sampai sekarang tak percaya. Entahlah. Rasa macam nenek aku ada lagi. Dia sakit-sakit sebelum dia meninggal. Mama berulang-alik ke kampung untuk jaga tok.



Tapi, bila ingat-ingat balik memori aku dengan tok, rasa sebak itu memang ada. Aku terkilan sangat, aku tak sempat nak tengok wajah tok sebelum meninggal. Sungguh. Rasa macam bersalah. Tapi, ayah aku kata, benda dah jadi, kita tak boleh nak halang. Mungkin bukan rezeki aku untuk tengok tok buat kali terakhir.


Tok meninggal 8 Ogos haritu. Al-Fatihah


Yang hidup kena teruskan hidup. Nak tak nak, kita juga yang akan dikapankan, disolatkan dan dikebumikan. 

Oh dan, datuk awak, nenek awak, mak ayah awak and orang-orang yang care pasal awak, tolong hargai dia. Kita tak tahu, bila kali terakhir kita.. 





2023 - A comforting but struggling year

Assalamualaikum & Salam Ceria Tahun ni kiranya full year aku jadi HO. Alhamdulillah dah lalu 4 posting untuk 2023. Memang boleh rasa per...