Saturday, January 11, 2014

Perlu ke niat?

"Niat kamu nak ke sekolah untuk apa? Untuk jumpa boyfriend girlfriend? Untuk dapat straight A's?"

"Niat ke sekolah mestilah kerana Allah sebab kita nak pelajari ilmuNya. Setiap hari kita kena perbaharui niat kita."

Yup, tajdid niat.

Kenapa kita kena jaga niat kita? Kenapa kena tiap-tiap hari perbaharui niat dan betulkan niat yang tak berapa nak betul itu? Dan aku.. ketika itu masih samar-samar akan jawapannya.



"Jaga niat kita setiap hari. Tentukan kerana Allah. Jika tidak, kita tidak akan sampai pada Allah. Alangkah sia sianya hidup kita dan alangkah sedihnya apabila sampai dipadang mahsyar dan melihat akaun kita kosong kerana tidak niat kerana Allah." (source)

***


"Niat itu urusan hati. jaga niat berarti jaga hati. jaga hati berarti jaga pikiran, perkataan, dan perbuatan. dan jaga pikiran, perkataan , dan perbuatan itu ga mudah. tapi ga mudah bukan berarti ga bisa." (source)

***


"Ibn Qayyim rahimahullah talks about this, in terms of tazkiyah, he says, you have to focus on WHY you are doing this, and for WHOM you are doing this for, instead of exactly WHAT you are doing. Because you see, exactly what you are doing is a means to an end."  - Shaykh Abdul Nasir Jangda (source)




"Ohh."
Jadi, niat ini dia berkait rapat dengan soal ikhlas. Contoh masa kita kecik-kecik, mak atau ayah kita mesti suruh kita puasa penuh dan kalau kita dapat puasa penuh nanti mak ayah akan kasi duit raya berapa banyak hari yang telah kita puasa.

Persoalannya, niat kita puasa itu sebab duit raya ke sebab Allah?

Jadi, fahamlah aku di sini yang niat itu penting. Tak guna buat amalan banyak tapi niat hanya nak menunjuk-nunjuk pada orang, bangga pada orang oh dan riak. Sia-sia buat amalan setinggi gunung, tapi niat nak menunjuk. Tak patut, tak patut *geleng kepala*

Dan kena ingat juga, niat yang baik tak menghalalkan cara yang salah.



Jadi, apa kata tahun ini kita jaga niat kita di awal, semasa dan di akhir proses, sama-sama?





13 comments:

  1. there you go aisyah! this is so true ^^
    kalau kita niat pergi sekolah nak jumpa kawan, kawan je la yg kita dapat jumpa. pahala belajar apa semua tiada..sia2 je.

    btw aisyah, kalau nak presentation syariah drpd aku, sila contact aku ^^ nanti aku hntr kt email kau.bagi email siap2 tau ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, aku dalat idea nak tulis ni lepas Cikgu Norhayati cakap haritu.

      Ohh yang syariah tu. nanti aku cuba contact kau okay, kalau dapatlah. Kalau tak maknanya aku kenalah menulis.

      Delete
  2. betul2 niat itu memang penting. kdg2 risau kalau kita buat sesuatu tp niat kita salah. and benda tu jadi sia2 je

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing this. ee dulu kalau nak pergi sekolah niat nak belajar sungguh sungguh.
    tapi sometimes tu tersasar gak... main lebih. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaha biasalah tu, kita semua pernah tersasar dri tujuan asal xD tapi kena berusaha stay on tracklah..

      Delete
  4. paling penting niat tu kena yang baik2 je. hehe. .dgn nak buat niat jahat dengan orang pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, saya pernah dgr yg niat yang baik walaupun tak dikerjakan Allah dah bagi pahala kat kita, wallahualam (:

      Delete
  5. Assalamualaikum.. Betul tu dik... Jika kita buat sesuatu kerana Allah, hati akan rasa tenang dan gembira.

    ReplyDelete
  6. sangat betul, niat kena betul, kadang2 kita ambil remeh tapi niat tu laa yang akan bawa kita kepada something yang lebih baik or buruk...pilihan di tangan sendiri, kan ? ;)

    ReplyDelete
  7. semakin kita dewasa, semakin kita pelajari utk memperbaiki niat kita :) semakin kita faham dan semakin kita rasa kebaikkannya.

    ReplyDelete
  8. kalau niat pi sekolah semata nak jumpa bf/gf

    mohon ketuk kepala dia. hihi

    :P

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

2023 - A comforting but struggling year

Assalamualaikum & Salam Ceria Tahun ni kiranya full year aku jadi HO. Alhamdulillah dah lalu 4 posting untuk 2023. Memang boleh rasa per...