Thursday, September 12, 2013

Tegur biar berhikmah bukan menghina

Assalamualaikum 
May peace be upon you.






Sejak aku dah tukar tugas sebagai pengawas, satu benda yang aku perasan pasal manusia ialah egoBanyak atau sikit manusia mesti ada ego. 
Mesti. 


Manusia ini bukan hati suci putih. Iman tetap straight felamaks macam malaikat. Manusia tetap manusia. Buat kesilapan. Apa hak kau untuk hina orang sedangkan diri pun pernah melakukan kesilapan? 


Manusia ada ego. Dia kalau boleh tak nak tercalar ego sedikitnyaaa pun. Nak berkilau-kilau sakit mata memandang dari jauh. Jadi, kita kena tegur orang secara berhikmah tak adalah nak kutuk dia secara public a.k.a umum. Nak menegur pun kena ada adab tahu? 



"Kau ini hukum agama pun jahil. Baju selekeh. Masuk nerakalah lu"




Sakit dada bukan? Jangan gunakan kekekerasan dan maki-makian kepada orang-orang yang menganggap ego depa 'hak cipta terpelihara Malaysia' yang dijaga rapi tak nak satu habuk pun landing atas ego depa. Tegur baik-baik dulu kalau buat selamderk sahaja, bolehlah tegur secara tegas. 


Tegas dan berhikmah. 
I like this one better ;) 



Mencarut dan seumpamanya memang kena minta jauh-jauh. Dengar kata, kebanyakan perempuan baik-baik 'major turn off' bila lelaki mencarut ini. Sama macam lelaki, lagilah multiple major turn off kalau perempuan mencarut.


Oh, Allah pun 'turn off' (tak redha) kalau hangpa mencarut.





Aku akhiri post serius ini dengan kasut yang comel.
Dah pakai kasut comel, perangai pun kena comel dan santun ;)