Tuesday, March 26, 2013

Molicious Giveaway By Nurul Ezatee



Kawaii~
Antara banner yang comel yang pernah aku tengok.
Any further inquiries about this giveaway, click here.



Assalamualaikum,
"dia mai dah, dia mai dah!"
Okay, aku ini memang manusia yang tak patut. Campurkan giveaway dengan personal post semua dalam satu post. Meh nak tanya, "Habis itu, apa fungsi milo paket 3 in one?" jadi, bertulisnya entri ini berinspirasikan paket milo. Apakah? 

'saya memang suka milo' *whispers*



ayat paling... herm, palsu?

Keputusan Add Math March haritu menguciwakan guwa. You know, macam mana ada orang itu boleh dapat 100% add math? Aku syak, dia ini tak lain tak bukan blender buku add maths. Tuangnya di dalam cawan. Minum secukup rasa. 



Itulah, time semua orang exam aku boleh lagi pergi Pangkor (ada program). Best! Sampai terindu-rindu lah gua cakap lu. Bila balik semula ke sekolah, terpaksalah ambil exam lambat sikit daripada orang lain. You know what they said, "better late than never". Walaupun aku memang berharap tak nak ambil exam TT^TT 




So, add maths can we be bestfriend?
*kenyit mata* 






Saturday, March 2, 2013

Langit tanpa tiang

Assalamualaikum




Siapa yang cipta langit?
Yang tiada bertiang.
Yang tiada benang di atasnya.

Hebatnya, perasan tak?



Subhanallah. Hebatnya kuasa Allah! Cantik betul langit. Masalah kita ini kekadang nampak kecil berbanding langit yang luas ini. Allah ciptakan langit tak nampak pun tiangnya. Allah ciptakan gunung tak ada pakunya. Allah ciptakan matahari tak ada sumber elektriknya. Subhanallah TT^TT



"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. {3:191"



Bila dah masuk bulan Mac ini, aku merenung sekejap, 
"Berapa banyak dosa yang telah aku buat pada bulan Januari dan Februari lepas?"
"Allah terima tak amalan aku?" 


Pergi sekolah jangan malas, 
Bawa beg selori muatan, 
Langit itu terbentang luas,
Menunjukkan Allah itu maha pengampun. 



"Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ia mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan dia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. {3:129} "






My Tweet @aisyahxyz ;
"Dongaklah ke langit dan bersyukurlah masih ada hari ini ;)"



Semoga bermanfaat <3