Sunday, January 6, 2013

Y MUST EARLY TO SCHOOL?

Assalamualaikum.



Sejak masuk sekolah aku tak buat lagi entry baru untuk tahun 2013 inikan. So, ini yang pertama. Ya memang entri ini pasal sekolah. Jadi sesiapa yang spesis malas pergi sekolah bagusnya baca entri ini mungkin dapat pedoman supaya rajin ke sekolah. Pedoman-lah-sangat :p



Lazimlah kan setiap tahun mesti peraturan diubah sana sini. Sekolah aku ini banyak betul peraturan yang di-transformers-kan. Kawasan sekolah pun banyak dah diubah suai. Makin cantik makin tak kenal pulak aku pada sekolah. *batuk* Antara peraturan yang aku masih lagi tak biasa ; datang awal ke sekolah sebelum pukul 7.20 pagi. Kejam tak kejam tak? *trollface.jpg*



Datang awal ke sekolah ini ibaratkan, "jasad di sekolah, jiwa di tilam". Aku ini walaupun pengawas tetapi kadang-kadang dicop late comers juga. Aku pernah kena denda berdiri atas pentas bersama late comers yang lain berbaju putih biasa dan aku berbaju BIRU. Tak ke haru biru malu? Dah malas nak ingat lagi. Dan sekarang tahu apa yang terjadi kat pentas yang aku berdiri itu?



DIROBOHKAN.  Bagus, aman sikit >:D *tersenyum puas tahap asdfghjkl*



Okay itu sahaja entri hitam putih, black and white kehidupan. Memang tak ada gambaq maafkan cheq naa. Malas punya pasai. Lainkali kita letak gambar sampai tak boleh loading blog XD



So, Y MUST EARLY TO SCHOOL?
1. Supaya tak didenda
2. Supaya tak didenda
3. Supaya tak didenda (nampak tak betapa bersungguh-sungguh aku jelaskan di sini?!)
4. Lebih bersemangat untuk menuntut ilmu (baru betul! <-biar benar ini aku yang tulis.)





Post ini ditaip selepas menghitamkan kasut, pffft.