Sunday, January 8, 2012

Aku tersenarai dalam 1000 blog terhebat? ye ke?

Assalamualaikum,
percaya atau tidak? Entahlah aku sendiri tak percaya...



Manakan nak percaya sebab, aku tipu jer. Sebenarnya ini nama segmen. Ha Ha jangan marah..


Segmen Saya Tersenarai dalam 1000 blog terhebat

*Saya pengguna template blogger design*



p/s : Lepas ini aku jadi macam chipsmore. Sekejap ada sekejap tak ada kat blog. Chipsmore? Lama tak makan :p

Friday, January 6, 2012

Warhaha, baru tiga hari start sekolah dah tak ngheti nak update?

Assalamualaikum, pembaca yang setia. eceh~

**post pertama 2012, maaf atas ke-excited-tan**

Lama tak update sebab sekarang ni jadual sekolah ketat sangat. Seketat-ketat legging kat pasar tani. Siap pulak dengan transformasi yang MEMANG "menggembirakan sangat" hati semua warga sekolah. Happynyaa lahai~

Rasa nak pengsan adele (adalah).


aku nak pengsan, ohhh yeahh~


Masuk jer sekolah, tak sah kalau setiap tahun tak ada 3 benda ni.


ini gambarannya sahaja... 

  1. Perhimpunan & kata-katanya
  2. Muka-muka pelajarnya 
  3. Bau kedainya



Tahun ini aku PMR. 9 subjek pulak, jadinya aku setiap hari (Jumaat dikecualikan) pukul 5 petang camtu baru balik. Bila balik, memang konferm tak dapat-dapatnya nak online lelama. ataupun, tak dapat online langsung???

Homework, Tugasan kelas, sooner or later iaitu kerja kursus. haa, hamek~




doakan aku jadi manusia cemerlang dunia + akhirat supaya aku tak ended jadi...

mayat hidup?


biar berjaya dunia & akhirat. Jangan berjaya kat dunia saja. Kat akhirat, lebur segala-galanya.. Peringatan ini dibawakan khas untuk diri sendiri dan anda yang sedang membaca di hadapan skrin. Harap-harapnya, kak Amalina pun baca. Adoi, camlah dia tau blog aku. 

Apapun :-

berusaha, bertawakal dan berdoa.
minggu depan dah start ujian diagnostik. See? Sekolah aku ini terlebih hebat kut?



p/s : agak-agak cemanalah kalau aku dah masuk Universiti nanti. hurmm?


nah love ciput.