Monday, December 31, 2012

ZyraRoxx's Blogbuster

Assalamualaikum,



Iklan comel mengalahkan iklan Astro *walaupun aku tak ada astro :(*
Sila picit gambar atas kecomelan berganda. 




Memandangkan aku suka blog akak Zyra yang rock lagi comel jadi aku pun joinlah benda alah ini. Syarat dia mudah aje :



1. Buat entry bertajuk "ZyraRoxx's Blogbuster"(sila patuhi tinggi pendek besar kecil hurufnya amboi aku pulak yang over). Tajuk selainnya macam "Mari makan cendol asam belacan" tak akan diterima. Barangkali tak rock maka tak diterima. 



2. Letak iklan mengalahkan astro di entry anda (harap-harap Astro tak baca ni, habis dia saman aku nanti).



3. Setelah 7 hari 7 malam (nampak bebenor nipunya) akhirnya siap entri sila komen link entry anda di sini.



4. Follow dan like page kak Zyra. 



5. Apa lagi, join lah. (ini aku tambah, maaf kak Zyra)

Baca lanjut sini.





-------------
Ketahuilah kalau ada penghadang atas ni ^ maksudnya aku mula masuk babak tak ada kena mengena dengan tajuk. Tak apakan tak ada dalam syarat-syarat penyertaan :P




Tadi baru saja habis pendaftaran untuk tingkatan 1 dan tingkatan 4 kat sekolah. Phew tengok subjek tahun depan telan air liuq 5 kali jawabnya. InsyaAllah, aku cuba walaupun banyak khabar angin kata subjek ini susah. subjek ini payah. Allah kan ada? *kening-kening*




"Ya Allah, saya ada masalah" 
Nope, bukan. "Oh masalah, saya ada Allah.




Tahun baru dan hari baru bermula esok takkan nak tunggu esok baru berubah. Macam mana kalau kita tak sempat bernafas esok? Pernah baca buku Hlovate, dia ada tulis,



"the man who decided to change on 12th died on 11th" 



Mari sama-sama kita berubah kepada lebih baik.
*baca dengan intonasi macam ibu yang ajak anak pimpin tangan nak lintas jalan*

dan, jangan warm-warm (hangat-hangat) tahi ayam sahaja *terasa diri sendiri*




P/s : Apa azam baru? Ke azam sama macam tahun lepas? Apapun azam kita biarlah azam itu akan bawa kebaikan kepada diri kita *batuk* ;)




2012 in memories.
2013 here I COME ! 

Saturday, December 22, 2012

Back then those old days

*tajuk omputih sangat*


"Assalamualaikum, semua kabare baik?"
-Wa'alaikummusalam. Alhamdullilah (alih-alih aku juga yang jawab)

Man, tak payah mukadimahlah. Baru ekspres. 




Kalau dulu, hantu selalu tampil menakutkan. 


Orang kata "jangan tegur."
Tapi kalau yang ni :







Sekarang
"It23w nuck ngorat awArx b0leh?"
oh, myspace *tetibe*




*** heh, bukan nak cakap pasal twilight saga tapi?***






Kalau dulu, 'sorry you are forever alone. No one wants to be your followers'



Kalau ada pun seorang jelah. 
Kes follow diri sendiri, ehem.
Batuk pulak






Tapi sekarang, tak sama macam dulu. 
Alhamdullilah :)





Alhamdullilah. Terima kasih kepada para bloggers yang follow blog picisan ini. Walaupun aku ini masih dalam keadaan-terhuyung-hayang buat entry pun tunggang-langgang tapi kalian masih follow aku.

Apakah ini semua? *ambil kotak tisu. Tisu pun dah habis, asdfgjkl* Haha, terharulah konon? 



Terharu sikitlah. Tak nak tunjuk sangat rasa terharu itu. Tak macho, wkwkwk. Walaupun kalian tak kenal aku, tapi tetap follow aku, terima kasih. Kepada para bloggers di sana, jangan tinggal solat. Kurangkan mencarut. Jangan memfitnah dan mengumpat. Oh ya, aku blogger baru-lah-sangat memang tak layak bagi nasihat tapi... Hmm sudah. 


Have a nice day and be kind to one another. Assalamualaikum *lambai tangan*




Surat layang :  Kau pun terima kasih ya.  Kerana pengaruh aku :p







"Sebagai tanda terima kasih, nah ambil ni seorang seposen."
Kedekut much? 



Wednesday, December 19, 2012

Kes PMR 2012

Ini bukan slip aku. *tetiba*





Assalamualaikum


Setelah berbulan-bulan berusaha. Setelah berbulan-bulan berhempas pulas. Setelah berbulan-bulan berdoa dan bersemangat tinggi. Setelah eh jap berapa banyak setelah daaaa? Kepada semua yang telah mengambil Pi.Em.Ar tahun ini yang mendapat keputusan cemerlang gemilang terbilang.


Tahniah! Allah telah memberi ganjaran baik kepada sesiapa yang berusaha.



Tapi kalau ada yang berusaha sungguh-sungguh separuh mati tapi tak dapat keputusan macam apa yang kita nak...



Ketahuilah Allah pasti ada sesuatu yang lebih baik Dia telah rencanakan.



Amboi, ayat majalah habis itu. Tadi pergi sekolah nak ambil results tapi datang lewat sikit. Suka hati aku datang lewat. Datang-datang jer semua dalam dewan dah tahu results. Aku ini macam, "apakah kesudahan aku akhirnya?" ceh porah ayat.


Cikgu cakap yang dapat 9A semua datang lambat. CT dia tak datang pulak. Kalau kau baca ni CT, aku rasa kau dah tahu results kau. Tahniah kau 9A! Tapi tahun ini bilangan yang dapat Straight A's menurun berbanding tahun lepas. Agak sedih di situ. Apa yang boleh dibuat? Kita usahakan sahaja, Allah yang menentukan.



Jadi kepada Mun, AmalZaf98, Nadiah Karim (siapa yang tertinggal itu maafkan daku ye) dan adik-adik (ceh bajet akak pulak) yang bakal ambil PMR tahun terakhir tahun depan, berusahalah sungguh-sungguh. Doa. Tawakkal.








Jangan berhenti sebelum mencuba. Fahimtum? 



P/s : Keputusan aku? Alhamdullilah ;)



Nota tambahan :


Terima kasih kepada semua cikgu-cikgu yang banyak mengajar saya. Kepada ibu bapa dan kawan-kawan yang bagi sokongan berpadu-padu. Para bloggers yang bagi kata semangat dan doa. Hanya Allah sahajalah yang mampu balas segalanya.


Sunday, December 9, 2012

Tips Random Hafal Al-Quran




Assalamualaikum


Nak menghafal Al-Quran ini bukan mudah. Bukan senang macam ingat ABC sampai Z. Apalagi aku ini bukanlah pelajar tahfiz ke apa. Otak ini pun bukan komputer. Tengok ayat Al-Quran - save image. Jadi aku nak bagi tips sikit yang aku dapat dari ustaz, dengar-dengar dari kawan, keluarga dan entah baca di mana-mana.




Tips hafal Al-Quran :-


Niat kena betul-betul ikhlas kerana Allah ta'ala. Jangan niat untuk duniawi ; dapat hadiah  contohnya.



   Kalau menghafal sebaik-baiknya kena menghadap qiblat.




Waktu yang paling baik sebelum dan selepas subuh. Waktu lain pun boleh sebenarnya.




Masa menghafal itu, tangan jangan pegang pen ke, rehal ke, biar tangan itu bebas tak pegang apa-apa sebab ustaz cakap dari situ jer boleh hilang beberapa peratus kosenterasi. Faham?




Baca keseluruhan surah yang kita nak hafal itu dahulu dan pastikan tajwid betul sebelum nak mulakan hafalan ayat pertama.




Jaga mata itu. Jangan tengok aurat wanita, tempat kemaluan dan najis ; tahi. Sorry terpaksa cakap jugak.




Kurangkan makan benda "hok ngarut" macam maggi, cekedis dan snek-snek lazat menjilat jari. Makan kismis kan lagi bagus? Tak gitu?



Baca ayat yang hendak dihafal itu berulang-ulang kali. Selagi tak hafal jangan berganjak ke ayat baru.



Berdoa semoga Allah kuatkan daya ingatan kita yang lemah ni.




Kalau boleh, fahamkan makna bacaan. Bagi aku cara ini lebih mudah nak ingat hafalan.




Gunakan Al-Quran yang sama setiap kali nak menghafal. Takut tak biasa kedudukan dan kecil besar tulisannya. Sebab benda macam ni kadang-kadang penting jugak.




Tasmi' : baca balik kepada orang yang dipercayai yang baik tajwidnya. Bolehlah tegur yang mana salah.




Baca ayat 35 dari surah An-Nur sebelum memulakan hafalan :


An-Nur ayat 35  (muka surat 354 - Al Quran)


Allah is the Light of the heavens and the earth. The example of His light is like a niche within which is a lamp, the lamp is within glass, the glass as if it were a pearly [white] star lit from [the oil of] a blessed olive tree, neither of the east nor of the west, whose oil would almost glow even if untouched by fire. Light upon light. Allah guides to His light whom He wills. And Allah presents examples for the people, and Allah is Knowing of all things.



uik, English *gulp*.




Kepada sesiapa yang nak hafal Al-Quran teruskan. Kalau rasa nak mula hafal Al-Quran, mulakan. Kalau rasa tak nak langsung hafal Al-Quran, kena tanam dalam diri azam nak hafal Al-Quran. Walaupun ambil masa yang lama, tak apa istiqamah.




Macam riya riya jangan dengan aku aku pun tak buat. Tak apa kita berusaha dan doa. Sahabat Nabi dulu berebut-rebut nak hafal Al-Quran. SubhanaAllah~ Kita? Bersibuk-sibuk hafal lagu? Terkepit pintu dialah yang terasa, hehe :P



Siapa nak tips BANYAK lagi rajin-rajinkan jari yang dikurniakan Allah untuk search google yer.






Semoga berjaya <3




2023 - A comforting but struggling year

Assalamualaikum & Salam Ceria Tahun ni kiranya full year aku jadi HO. Alhamdulillah dah lalu 4 posting untuk 2023. Memang boleh rasa per...