Wednesday, November 30, 2011

Azam baru, Tahun Baru, Bulan Baru, Hari Baru. (semua nak baru -.-")


*sorry, kalau besar sangat. Sebab takut korang tak nampak font dia. hehe*


Assalamualaikum ;)

Hari ini saya nak cerita pasal azam tahun baru. Bukan Azam dari kampung baru, bukan, bukan.

Celik celik mata, tak sedar kita dah menuju fasa tahun yang baru. Orang selalu kata, awal tahun, kena ada azam baru. Macam renew lesen kereta? (apa kena mengena?)

Menjadi ke azam aku yang dulu iya? Aku tak pasti sebab rasanya tahun lepas aku tak buat apa-apa azam, hekhek.



Azam tahun 2012 

 Solat awal waktu
Kita ini mudah lalai. Harap-harap aku tak lalai bila dah masuk waktu solat. Kadang-kadang aku ini jenis yang suka melambatkan solat. Entah apa yang dibisik syaitan kat aku. Jadi, aku kena lawan syaitan. Bukan aku jer, KITA.



 Menambahkan amalan sunat
Amal seseorang yang mula-mula dihisab ialah solat kita. Kalau solat kita baik, beruntung & bahagialah kita. Kalau solat kita rosak, kita akan rugi dan kecewa. Jadi, solat sunat ini kiranya menampung solat fardu yang tak sempurna.



 Kurangkan online, lebihkan study (nak PMRlah kononnya)
Betul itu. Memandangkan aku ambik subjek ekstra untuk PMR tahun ini iaitu Bahasa Arab, jadi aku kenalah belajar lebih sikit. Aku tak nak sebab markah akhir tahun aku nampak macam okey, jadi aku tak yah belajar. Yelah, takut aku over confident tak hingat PMR dapat apa? Haprakk man!



 Lebih menjaga kata-kata
Mungkin aku kena kurangkan kata-kata bak laser aku kepas ini. Eh, mulut aku laser ke?



 Nak pandai masak (sikit-sikit pun jadilah)
Sebagai seorang perempuan, tak kiralah kau doktor kah, arkitek kah, polis kah, for sure satu hari nanti konfem kena masuk dapur jugak. Sebenarnya aku nak pandai masak bukan sebab dah terlalu fikir untuk masa depan, sebab nanti time lapar, aku boleh isi dengan makanan 'so special' yang aku buat sendiri, tak gitu?


well, doakan aku. InsyaAllah. Aku akan cuba sedaya upaya buat semua azam aku ini dengan tulang aku yang serba cute ini, ahaks.




Apa azam tahun baru korang? Apa pun azam yang korang nak buat itu boleh asalkan menuju ke arah perkara kebaikan.




Jom berubah daripada buruk kepada baik. Daripada baik kepada yang lebih baik.



p/s : terima kasih kepada semua followers kerana telah menambah angka 500+ followers untuk blog ini. Tiada anda, tiada blog ini agaknya. Eh, tiada aku pun tiada blog ini jugak. Hurm, apa pun, TERIMA KASIH. Aku tak tahu nak bagi apa selain ucapan terima kasih. Nah lagi satu, senyuman jarak jauh ;)


Saturday, November 26, 2011

Baby Sab punya Birthday ;D





Kenal dia 2 tahun,
Sama kelas dah 2 tahun,
Fi'il masing-masing dah sedia maklum,
Perangai masing-masing dah terlebih faham.

Well, 2 tahun itu jangka masa agak lama. Tak gitu, Sab?



Happy Birthday Sab!
 " Semoga kau jadi anak yang solehah. Aku doakan kau dapat kebahagiaan dan kejayaan dunia & akhirat. "


Tak sangka kan Sab? Hari Jumaat, hari yang kau paling banyak ponteng menjadi hari untuk Hari Jadi kau untuk tahun ini kan? Oppss, terbongkar rahsia pulak. hakhak!






tak dapat rasa, tengok pun jadilah. (chocolate ice-cream cake, perghh!)






okay, aku nak cerita something ;)

Status FB Sab tempoh hari :-
My youngest brother is crying searching for my mom :'(


# he's having his fever


sebak kan?


untuk pengetahuan, mak Sab meninggal malam sebelum hari Raya Aidilfitri. Cuba bayangkan, hari yang sepatutnya hari bahagia, tapi tanpa mak yang tersayang di sisi apa rasanya? Mesti sedih kan? Tahun ini jugak, Hari Jadi dia yang pertama dikongsi tanpa mak yang melahirkan dia. :S


Tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk mak Sab, Khairul Bariah bt Abas Azmi.



Semoga roh arwah berada di kalangan orang-orang yang beriman, InsyaAllah~





okay, Sab pun ada blog juga. Dia yang mempengaruhi aku untuk ada blog. Follow blog dia tau. Biar dia kembang kembang sikit sempena hari jadi dia, banyak followers.


sekali lagi, follow & terjah blog dia ;D








p/s : Salam awal Muharram. Apa azam aku untuk tahun baru yea? hurmm..

Wednesday, November 23, 2011

7 perkara tentang kawan sejati. Kau ado?

Assalamualaikum..




Cuti-cuti sekolah ini aku tak ada buat apa. Aku terjumpa artikel menarik kat majalah Ujang. Ni aku nak share ni.. Memandangkan ada orang nak aku post, tak gitu @sab?


7 perkara tentang kawan sejati yang korang patut tau


 Kaunter aduan
Dia boleh menjadi tempat anda mencurahkan segala-galanya. Ketika korang meluahkan isi hati di tengah malam pun dia tak akan merungut walaupun dia terpaksa menahan telinga mendengar anda membebel marahkan boyfriend atau girlfriend korang. Dia tetap setia mendengar walaupun dengan mata separuh pejam. 

 Burung Hantu
Tetap segar dan cergas untuk berbual dengan korang walaupun gagang telefon dah terasa panas di telinga. Jam dah pukul 1 pagi tapi dia masih mempunyai cerita untuk dikongsikan bersama anda.  

 Peti keselamatan
Mulutnya seakan-akan dikunci rapat walaupun 1001 rahsia telah korang curahkab kepadanya. Kamu boleh percaya 101% yang rahsia korang selamat dengannya. Biarlah macam mana kamu bergaduh dengan dia pun, rahsia korang tetap selamat.  

 Tukang kepoh
Bukan kepoh cerita keburukan kita, BUKAN! Tapi kepoh yang setiap kali hari jadi korang mesti dia orang pertama yang akan merancang sambutan, mengingatkan kawan-kawan yang lain dan yang paling penting akan menjadi orang pertama yang mengucapkan selamat ulang tahun kepada korang.

 Informasi terkini
Wah! Salah satu sebab korang suka mempunyai kawan sejati sebab korang boleh lepak di kedai kopi sambil berborak dan bergosip. (Tapi bergosip ni amalan tak bagus. Elakkan) Malah korang sentiasa up to date dengan informasi terkini oleh kawan sejati korang. Senang cerita tak yah belek surat khabar dah! 

 Pengkritik hebat
Dia memang layak jadi juri! Dia selamba je kritik cara korang berfesyen kalau orang lain tentu dah teragak-agak nak mengkritik korang. Dan yang peliknya teguran dia langsung tak menyebabkan darah korang naik 180. 

 Jadi diri sendiri
Korang boleh jadi diri sendiri tanpa perlu berpura-pura menjadi orang lain. Walau siapapun korang, walaupun tengh pokai tapi dia tetap menganggap koranglah rakan terbaik yang pernah dia jumpa.

Yes! Inilah buktinya dia kawan sejati.


Credit : Majalah Ujang Edisi Bumper Dec 2011




Adakah korang telah menemui kawan sejati dalam hidup korang?

" Jadi kawan yang terbaik untuk orang lain. InsyaAllah, kita akan mendapat kawan yang baik. Kalau kawan buat salah & silap, maafkan dia. Dia pun manusia biasa macam kita. Tak terlepas berbuat kesalahan dan dosa. Sedangkan Nabi mengampunkan dosa umatnya, apa lagi kita? "

(yang terbaik daripada orang-orang yang berdosa ialah orang yang bertaubat)



Ohh ya, sebelum terlupa, dapatkan majalah bumper ini sekarang untuk membunuh rasa kebosanan melampau anda! Tebal bukunya. Setebal buku teks aku. (page 1-322)





nota ciput : nanti aku bubuh tips menarik lagi, kalau aku rajin okeh? hehe. 


Sunday, November 20, 2011

Sekolah? Pintu pagar tu semua aku yang tolong tutupkan!

(abaikan tajuk over confident tak hengat)




Assalamualaikum,

LAST DAY SEKOLAH ialah hari yang ditunggu oleh kebanyakan pelajar-pelajar seluruh Malaysia tapi tak juga bagi pelajar tingkatan 5. Anda diminta sedar diri dan perlu berusaha sehingga cuti panjang yang telah ditetapkan okey? Padan muka abang aku! kahkah cett, tunggulah aku form 5 nanti.. erkk!



Ada penyampaian sijil pengetua. Itu aku, nampak tak muka? Jumpa kat pasar jangan tegur.






 (hadiah yang dapat) motif gambar saja bagi jeles ;)






  Setiap pertemuan ada perpisahan  



Tudung biru tu cikgu Shai. Jangan terkonpius plak mana satu cikgunya..


Hari last day 5 orang cikgu berkhidmat (yang pernah ajar aku) :-

<( *`ω´)~> Puan Anita (pernah kasi aku cekelat)
<( *`ω´)~> Puan Siti Shahliza
<( *`ω´)~> Puan Shaiha (Puan Shy)
<( *`ω´)~> Puan Zainab
<( *`ω´)~> Cik Farah

Beliau-beliau adalah cikgu-cikgu yang terbaik, terbest!
" Saya doakan cikgu semua sentiasa mendapat kesihatan yang baik, kebahagiaan dunia dan akhirat. Jangan lupakan saya, Jangan lupakan kami. InsyaAllah panjang umur, kita jumpa lagi ;') "





credit : Aina

untuk kawan-kawan sekelasku 2 KAA (2011),
" Kalau Allah masih memberi kita nyawa, InsyaAllah tahun depan 2012 kita sama kelas lagi.. Kita kena belajar sharing-sharing ilmu & harap dapat berjaya sama-sama untuk PMR. Ingat pesan cikgu Shai? "




School for 2011 is WAS over. 
Forever memory & history. Full of great stories.



Okay, Selamat Bercuti guys!
Isikan perkara manfaat, jauhi maksiat ! ;D



pssttt, sepatutnya post ini betul-betul publish pada 18 Nov 2011 (last day sekolah) dan aku memang nak bubuh gambar yang betul-betul punya tapi apakan daya manusia hanya mampu merancang, Allah yang tentukan, hekhek. 


Thursday, November 17, 2011

Ciskek, adik aku feymes!

PELAJAR SK Putrajaya Presint 8 (1), Nur Tikah Mohamad Tarmizi (depan) bersama rakan, Aisyah Hussain (kiri) dan Azizah Azizul gembira meraikan kejayaan memperoleh keputusan 5A Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Putrajaya, hari ini. - Foto Izhari Ariffin
source : http://www.bharian.com.my/ (17/11/2011)


Ce teka mana adik aku? Untunglah adik~ Takpe, aku kan dah pernah keluar paper dulu.. Tak ingat? Kali ini kasi peluang kat adik aku pulak.. kehkeh~


TAHNIAH MY SISTER !
Like sisterlah katakan..


p/s : ayah aku pun dulu pernah masuk surat khabar. aku ni benda sikit nak heboh. Biaselah ku sedar ku bukan artis.. hekhek


erm, kau ado? Astaghfirullahaladzim, tak baik riak~

Tuesday, November 15, 2011

Pernah dengar perkataan "bersyukur" tak?





Assalamualaikum,

Hari ini aku terdetik nak share something dengan korang. Pernah tak kita dengar keluhan seakan-akan tak bersyukur? Atau kita sendiri yang mengeluh? So, renung-renungkanlah iya..


If you think you are unhappy… 



If you think your salary is low… 



If you think you don’t have many friends…



 When you feel like giving up …



If you think you suffer in life,
do you suffer as much as he does? 



If you complain about your transport system …



 
If your society is unfair …



Enjoy life, how it is, and as it comes
There are always those who are worse
off than we are.
 There are many things
in your life that will catch your eye, But
only a few will catch your heart…pursue those…
 

This post needs to circulate forever…












Credit @GellyRoll


Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.
[Surah Ibrahim 14:7]

nota selit menyelit :
Hari Khamis ni, InsyaAllah dapat duit. Rasanya semua budak sekolah dapat duit. Kut laa.. Siapa yang rasa-rasa konferm tak dapat itu, jangan jeles.. kehkehkeh.