Thursday, June 30, 2011

Perasan tak?


Assalamualaikum..



Ke hadapan readers-readers yang dikasihi sekalian. Sihat ark? Miss di sini okeyh tak taula kalau orang kat depan skrin nih. Sorry sebab tak buat post.. dah 2 hari dah.. Eh, lupa pulak, korang mana kesah pun kan? kalau 5 tahun 5 bulan tak buat post pun.. Who cares kan? Yeah, miss ngaku blog ni buat nyemak je kat dashboard korang. huhuhu ;) redha jelahh..

Sesi emo sudah tamat. yeay~

Miss sebenarnye sebuk baca novel 5 tahun 5 bulan. Gua termakan ajakan klon Hlovate neyh. Thanks yaww.. Best jugak. Miss pinjam daripada Aina. Dia ni pun Die-Hard fan Hlovate.. Ye ke? aci redah jelah (ayat Hlovate, aku tiru.. *gelak evil)

Buku ni memang best! tapi ada jugaklah ayat yang miss tak tahu. Yelah, ayat budak-budak sains. Sains pun miss dapat B. huh -.-" tapi banyak perkataan cam aci & kening double jerk dalam novel ni.. Tak caye, tengok sendirilah weyhh.. :p


err.. tapi takdela jadi camni.. :P

Esok kat sekolah ada Hari Pelanggan or bahasa senangnya ambil report card & belah. Alamak~

Nanti miss cerita lagi okeyh.. nak jalan-jalan kat blogger ni jap. Banyak gila blog post orang lain yang miss belum baca.. Aduhai.. Nasib baik homework ciput je.. boleh jenjalan lama sikit.. ohh ye, baru teringat! Hari ni kak Mira Edora nak tamatkan contest dia. Siapa yang menang agak-agaknya? (: doakan aku menang. thanks hahahahahaha XD putus fius aku hari ni :D

And.. Sorry again :P

Monday, June 27, 2011

Ish3

Assalamualaikum & alohaa~

Sekarang, miss memang busy as a bee.. buzz..buzz


Teringin juga nak jadi camni.. Walaupun busy tetap chill je.. :)




Sekolah banyak betul program and benda yang nak dihandlekan.
Pelawatlah, Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysialah, Hari Pelanggan (entah ada ke tidak) , Hari Sukanlah & banyak lagilah.. Macam nak Meletup Satu Sekolah.. Tapi homework still ada.. Argghh, macam aku pula pengetua.. hahahaXD

Sorry tau kalau lambat reply komen & balas kunjungan..

Nak sambung buat lagi 2 homework.. Agama & Sej. Ohh, miss tau entri ni tahpape.. I knowlah.. :P

Biggest Lie Ever :

I am doing my homework. LOL


Sunday, June 26, 2011

Mereka datang

Assalamualaikum,

Sihat tak hari ni? dah breakfast? okay, semalam tok & tok wan miss datang rumah dengan 2 orang adik sedara. Ini haaa..

Rafael (abang- baju hitam tu lah) yang merah tu pulak Mikael
Cam kembar kan? Sikitlah. Abang dia ni kasar sikit, adik dia okay okaylah

Yang Mikael tu tanya..

"kak, mana benda hitam yang untuk lari-lari tu?'"

"ohhh, yang tu dah letak kat luarlah"

"oh, adik nak naiklah.. nak diet"

"Diet? badan kurus still kecik lagi nak diet?"

Pastu.. miss lupa apa yang dia bebelkan lagi.. kuang3..
Baru darjah satu nak diet? Dahsyaatt XD


Ni haa,, yang adik sedara miss cakapkan tu.. :P

Mikael & Rafael ni terlalu maju ke hadapan.. Rafael baru darjah 2 tapi dah ada fesbuk tapi kongsi dengan adik dia. Nak tahu apa yang dia buat kalau ada fb? Dia main game jelah. Pastu request miss suruh main jugak.. -.-"

Rafael dah ada PSP. Miss dapat pegang PSP pun time darjah 6. Sebab abang sulong miss dapat PSP. So, main jelah :P

Malam pulak, kitaorang semua pergi makan ikan bakar kat Sekinchan Ikan Bakar, Bandar Puteri Puchong.

Aku cilok dari google seperti biasalah kan..

Sedap-sedap.. Abang miss siap order Jus Tembikai Laici Jumbo lagi.. Besar punyaa XD

Assalamualaikum :)



Saturday, June 25, 2011

*UPDATED : Gambar Penjajah Jepun

Assalamualaikum & hello hello everybodehh :D

(err, sorry kalau title cam kurang ajar je, sebenarnya miss nak tunjukkan gambar kawan Jepun (Shibaura) yang datang sekolah miss je. Harap Maklum)

Aina dah hantar email gambar orang Jepun! Syukran ya Aina.. :) So, layan.. Zasss..~

Yeahh, nama kumpulan miss A1 (bukan ayam A1 okey) Gambar di atas menunjukkan gambar toya Aida & gambar ceria Mai. Ohh, lupa nak beritahu diorang yang aku feymeskan diorang.. hahaha XP


Ni dia kawan-kwan Jepun kumpulan A1. 

From left:
Mika, Chiharu Izumi, Takenori, Akihiro, Keisuke, Minto, Kentaro
Nak email mereka? Beritahu miss.. Aku ada email diorang.. *bangga arr? mestilah... :D


Gambar comel Chiharu & Mika dalam bas. Abaikan orang di belakang. :)


Miss lupa apa nama permainan ni. (Naik atas kelapa tarik gear kot) Beg oren tu Minto..  Sayang sangat dengan beg oran dia tuh.. Hahahah lawaklah XD Yang muka cam Obama tu Faiz. Yang gelak sakan tu aku, hah? percaya? tipu jelah XP itu Aida. :P


Mika pun teringin jugakkan.. hahaha XD


P/s : Miss baru teringat yang miss ada manyaakkk homework.. Got to do now, or maybe later.. Ohh, congrats Sepah, Jozan & Nabil :) Jambu? Apa pun tak boleh.. hahaha :D Miss baru tengok pagi tadi.. Nak tengok? Pergi sini.. :D



Friday, June 24, 2011

Japan Attacks!

Assalamualaikum & aloha semuanya,

Pada hari Jumaat yang mulia ni, miss nak ceritalah sikit.. Apa tak boleh? #Apapuntakboleh.. hahahahaXD Sorry semalam tak sempat nak post apa-apa sebab penat sangat. Continue reading..

GMBR KUMPULAN JEPUN MISS KAT AINA. NANTI MISS BUBUH, JANGAN RISAU YEK!

Semalam (23/6/2011) tamatlah program pertukaran budaya dengan budak sekolah Jepun (Shibaura). Ramai yang nangis. Kalau miss cakap miss nangis, memang miss tipu.. Miss tak nangis. Bukan sebab miss takde perasaan. Tapi kalau difikir secara logiknya,bukannya miss dapat halang diorang pergi. hehehehe jangan marah haa XD

Diorang buat macam-macam semalam..


  • Conteng baju (siapa yang ajar, aku pun tak tahulah)
Lebih kurang camnilah.. :D


Penuh dengan tandatangan. Miss orang minta tandatangan je, well you know me. :D Baju miss still cantik, bersih & suci.. :D


  • Tangkap gambar (normalah ni)
Ni apa kes? tangkap gambar ketiak.. Hahahaha XP

Miss punya gambar sikit je. Yelah, miss malu.. Miss bukannya cantik & comel sangat macam kamu, kamu & kamu.. hehehehe :) Perempuan Jepun semua lawa-lawa.. Rasa diri ni rendah je.. :)

  • Tukar tag name card
Miss cilok dari Sab. So, credit to : Sab

Miss tak terfikir nak tukar, kalau tak boleh tukar dengan Chiharu Izumi.. She is beautiful. :) Sablah ni, bukan nak Tolong Ingatkan Aku~ hehehe, Sab jangan marah ye.. Gurau jelah XD

- Sebenarnya banyak lagi, tapi yang miss ingat yang atas-atas ni jelah.. :) -


Sekarang miss dah tahu camne nak buat Bamboo Helicopter a.k.a hand propeller


Nak tahu caranya? Kalau miss free nanti miss ajar eh. No promises*


Itu jelah kot entri kali ni. See you again!

Nota Suka Hati Aku:

Hari ni tak datang sekolah sebab pergi klinik. Buat appoinment dengan doktor untuk buat braces. Yelah, gigi miss kan terabur. Hari ni, miss dah tahu kenapa kak Nawal ada dua nama.. Rasa best sangat tahu tentang sesuatu yang misteri ni. Thanks kak Nawal sebab saya memang dah lama nak tahu pasal benda ni.. wink2 >.< 

Wednesday, June 22, 2011

Jajahan Jepun

Assalamualaikum & hi semuaa.. :D

Mood : Penat 45%

Penat? Yelah, orang Jepun datang tadi.. Bukan nak perang dengan kita, tetapi cuma pertukaran Jepun antara sekolah miss dengan sekolah Shibaura (sedap nama ni) kat Jepun (takkan kat Bangladesh kot) Hari ni ada pertukaran hadiah...

Nak tahu tak? Miss tertinggal hadiah kat rumah. Yeah, kesengalan terserlah. Tapi esok boleh bagi lagi. Miss tukar hadiah dengan Mika. Urmm, dia yang kasi dulu, patut ke panggil pertukaran hadiah? Entahlah.. Nasib baik Mika faham. Thanks awak. :)

Kumpulan miss happening betul! Tapi tak taulah kumpulan lain kan.. Psttt, miss nak gossiping sikit :-


  • Yoshida - Diorang kata muka dia cam Nobita. Pakai spek.. Miss tak taulah sama ada muka dia cam Nobita ke tak.. hehehehe :) I am not so observant.



  • Kentaro - Nama dia macam cartoon Anime kan?


Mesti korang nak tengok gambar mereka-mereka yang merah membara (pipi je) tu kan? Ada, tapi kat kawan miss. Malas pula nak ambik.. Kalau rajin, esoklah miss tunjuk. No promises lah..

Tadi miss naik cruise.. Slow betul.. Ramai kata boring naik cruise. Hujan pulak tuh.. Takleh tengok kat luar.. Ish3

P/s : Asal takleh bubuh pic ni? Prob betul lah.. Anyway, hari ni sepatutnya #Wordless Wednesday. Cuma miss ni je yang terlebih 'wordless'. :D Esok nak kasi hadiah kat Mika. She is cute. Tapi nama dia cam lelaki sikit kan? hurmm, who cares right? -Assalamualaikum- night-night :)




Tuesday, June 21, 2011

Post Attackk!

Assalamualaikum & alohaa~

Miss balik dari sekolah pukul 4 petang something.. Relevan tak? Ingatkan nak stay back sampai mama ambik.. So, miss pergilah lepak-king dengan kawan-kawan miss kat library.. Bukan buat bising eh, buat homework . Buat homework sekejap je.. (lama lah jugak sihh) Pastu tengok handphone Aina yang baru tu... eceh! lawa nampak :D tiba-tiba

****** ---> nama aku 
____________________________________________

"wei, abang kaulah ******"

"ye ke? mana?"

"belakang kau"

*pandang-pandang.. senyum (oit! salah ke senyum kat abang miss sendiri?)

"****** nak balik tak?"

"hah? boleh ke?"

"naiklah bas"

"hurm, okaylah"

____________________________________________
sori ye kak Nawal.. cilok format jap.. hahahaha.. XD
____________________________________________

Camnilah rupa kalau blockquote tak buat lagi.. hihihihi :D


Esok Jepun nak jajahlah (datang).. Kawan miss tanya.. "kau excited tak Jepun datang?" miss rasa biasa je.. diorang takut kalau lidah diorang terkelu time nak cakap english dengan orang jepun nanti.. yeah, miss pun rasa camtu juga.. :D hurrmm, lantaklah kan.. bantai jela.. time ni beru terfikir, inilah pentingnya English Education right?

Mana orang Jepun ni? tak sampai pun.. Lambat bebenor~

Nanti miss cerita lagi okay?

Got to go.. nak gi ngaji.. hehehe Assalamualaikum~ :D



Monday, June 20, 2011

Eh! blog kena review?

tekan atas untuk ke angkasa.. :P

Assalamualaikum & night semua.. oii, jangan tidur lagi.. baca ni dulu jap.. -.-"

kalau anda tengah boring, tolong jangan mengulangi kesilapan lalu miss iaitu dengan main-main dengan template designer.. -.-" join contest ke apa-apa lagi baguss.. ye dak?

Hurrmm, dia suruh cerita sikit tentang blog dialah..

Blog okay, Purplelicious.. hahaha.. penuh dengan star-star comel.. I Loikee benda-benda yang comel-comel ni.. Blog ni kreatif.. & buat tempahan header.. blog ni pun ada buat tempahan header untuk kawan seberang meja miss iaitu Sab.. header yang dia buat semua cantix-cantix laa juga.. :D

okay, itu jelah kot.. :D

Ada Balik?

Assalamualaikum & ello readers sekalian..


Blog telah kembali beroperasi.. 

#sorry
#sorry
#meh, naik lori

Nak tahu nape miss privatekan jap?

Sebab..

1. KEBOSANAN TAK BOLEH DIBENDUNG, miss pergi kat Template Designer, main tekan-tekan..

2. TANGAN MISS YANG GATAL sangat ni, tertekan 'Apply to Blog' padahal miss nak tekan 'back to blogger'.. ohh, kesengalan terserlah..

Jangan gelakkan blog ni tau, tau hodoh.. miss nak tanya ni.. Background ni sakit mata tak? Komen je gua tak marah punyaa.. Percayalah.. Background ni miss dapat dari nananitchiepie.blogspot.com . Thankss akak.. (sejak bila aku adik dia? tapi ni sebagai tanda hormatlah kan)

P/s : wow! tak sangka ada orang risau blog miss tak boleh dibuka.. hahaha XP terharu kot.. oklah.. nak sambung baca novel.. sebab #dahabisbuathomework =)  kalau free nak kena cantikkan blog ni semula.. semuanya gara-gara tangan.. grr.. hahaha :D 

-Assalamualaikum & selamat malam-

Sunday, June 19, 2011

Pengumuman Perang Tengah ?

( apa punya title ini? Peliks sungguh )

eh eh, nak tergolek.. (takdekenamengenadenganpostpun)

Assalamualaikum & ello ello everybody..

Ni baru habis buat homework ni.. Beres sudah.. Happynyaa! Happy siap homework? oh yeah XD

Hari tu, miss cakap kan nak beritahu markah periksa miss kan kan? 
Apaaa? Tak ingat?
Pergi check balik older post, sekarang juga! hehehe, miss tak marahlah, saja je.. 

okay, sebelum melalut lebih jauh.. ni lah markah periksanya..

BM -               81% nasib baik A, kalau tak buat malu bangsa je
BI -                 73% english aku haprak lah pulak
MT -               84% nasib baik.. fuhh~
SC -                71% aku minat sains, but it turns out into B?
KH -               65% sipi-sipi lagi nak dapat C.. Fuhh~
Bahasa Arab - 82% aku pandai Arab ni sikit-sikit jelah.. 
GEO -             87% no comment
SEJ -               88% tanpa sejarah, siapalah kita.. eceh!
Kelas Kemahiran Al Quran - 63% apa ni C? memang nak kena ni..

So, miss dapat 6 A, 3 B & 1 C. Ye.. markah miss agak teruk but not so badlah.. camne tu? hehehe.. Tapi miss syukur Alhamdullilah.. but still kena improve lagi.. markah semua macam nyawa-nyawa ikan je, dah nak mati katak dah pun.. :(

okay, abang miss nak guna ni.. #kacaubetul gurau je lah abang..

Eh, sebelum tu,.. miss kena tag dengan kak Mel! Thanks so much ye kak Mel sebab kasi doodle & follow blog yang tak awesome ni.. Tak sangka pulak.. *terharu pun ada.. Click sini kalau tak percaya

SELAMAT HARI BAPA, ABAH!!! :D
(kalau nak hadiah balik rumah, kihkihkih)


Saturday, June 18, 2011

Fun Friday

(eh, Friday bukan semalam ke?)


Assalamualaikum & hello readers-readers sekalian,

Sepatutnya entri ini dipublish semalam bukan hari ni (Sabtu), sebab komputer sesak (ramai nak guna) so, tak sempatlah nak buat post... anggap jelah hari ni hari jumaat... hehehe :) 

Kisah hari Jumaat

Pagi tadi, ada pemeriksaan gigi. Nurse ke doktor kata gigi ni okay, cuma jangan makan benda manis-manis sangat. Gigi miss memang okay, cuma terabur sikit. I mean banyaklah juga. hehehe, :D

Bukan takleh langsung, cuma kurangkan <--- eh, siapa doktor sekarang ni? hahaha XD

Miss dah dapat semua markah peperiksaan pertengahan tahun ni. Banyaklah juga yang menurun. But not so badlah. Malu tau kelas miss sebab kelas lain yang banyak dapat keputusan yang hebak-hebak belaka... 

Cikgu pun cakap camtu walaupun kitaorang ni kelas pertama. (oii, ni bukan angkat bakul ke baldi ke, hahaha). Ni yang rasa tercabar sangat-sangat ni.. Aikk? Baru sekarang rasa tercabar ke? Sebelum periksa tak nak belajar bersungguh-sungguh, Siapa suruh?! emo dengan diri sendiri XD

Petang pula, miss, my adik, mama & kawan-kawan mama pergi menjana lemak dekat...


Restoran Umai d' Lake, Putrajaya. Dekat dengan Monumen Alaf Baru, Presint 2 Putrajaya.



Yums Yums.. hehehe, tangkap gambar makanan yang dah nak habis.. Apa punya perangai daaa..



Monumen Alaf Baru, Presint 2 Putrajaya
Miss & my adik pergi mendaki monumen ni.. Apa yang ada kat sini? Dia cerita tentang sejarah Malaysia bermula dari Melaka & seterusnya sampailah Wawasan 2020. Nak masuk FREE sahaja, mana kasi bayar punyaa.. :D


Minggu depan, hari Khamis, InsyaAllah miss naik cruise dengan kawan-kawan miss time Jepun nak jelajah Malaysia nanti.

*All picture taken by me & my sistah, nice isn't?* (hoi! angkat bakul)

Nak tahu tak? Miss jumpa dengan...

Fauziah Ahmad Daud a.k.a Ogy dekat Restoran Umai. Dia lepak dengan kawan-kawan dia kot.

Miss senyum dekat dia.
Adik miss tanya " akak senyum kat siapa"
"kat Ogy"
"hah? Ogy" <--- dahlah kuat, buat malu je. Ish3..
Apalah, itu pun tak tau.. Kesian..


Itu jelah kot. Kalau ada lagi, korang tolong tambah sendiri jelah ek? *Gurawen je (*ayat baru apa aku cakap ini)

P/s : Miss dah beli hadiah kat Alamanda untuk orang Jepun nanti. Tapi miss teringin nak tunjukkan but terlupa ambik gambar. Lagipun hadiah tu dah berbalut, takkan nak buka balik? hehehe :) takpelah...


Thursday, June 16, 2011

Boleh tolong tak? Tolong diamm

Assalamualaikum & hello peopleee..

Mood geram sekarang ni? Yeah, ni yang miss rasa sekarang ni.. but no so muchh lah..

Rasa macam nak jadi angry bird sekarang ni..

Ni baru je sampai rumah dari sekolah naik bas.. kat sekolah everything fine je lah.. time tunggu bas tu.. suasana first-first, okay je senyap and sepi je.. Happy & tak sabar nak balik..

Tetapi happy tu sekejap je.. Tiba-tiba..

Sekumpulan budak sekolah mana entah attack (pergi) bus stop.. Diorang baru habis aktiviti apa entah kat sekolah miss.. Yang miss tak sukanya.. BISING betul.. Kacau je kefokusan & kesedapan miss baca buku... Tak leh diam ke hah? Aishh, sabor je laa~

Sampai ada seorang budak tu cakap..

" wei, diam sikit wei.. Susah budak ni nak fokus baca buku.. Pass itu lah pass inilah (makanan) pastu ketawa kuat-kuat.. Kesian lah wei.."

(actually, ni bukan exactly budak laki tu cakap, tapi lebih kureng ginilah..)

Budak laki tu baguslah cakap camtu.. Tapi masalahnya DIA PUN JOIN SEKALI.. korang rasa geram tak kalau jadi cam miss.. annoying gila.. Tapi nasib baik miss sabar.. hehehe :)

Pastu bas pun sampai...

Dalam bas tu diorang BISING betul.. gelak cam pontianak.. HIHIHIHAHAHAHA!! bergema bas tu.. Pak cik yang bawa bas tu tak marah pula.. Dah biasa dah kot..

Sabor je laa~
Bila bas berhenti.. Lega gilak.. Harap-harap tak de orang cam tu lagi.. InsyaAllah.



P/s : thanks sebab baca entry geram ni.. Komen tau, jangan risau.. miss dah tenang dah.. miss tak makan orang.. Nasib baik cikgu miss tadi ajar kalau tengah geram, marah or sewaktu dengannya.. banyak-banyakkan selawat.. <--- peringatan untuk miss juga.. tehee~ =)

Wednesday, June 15, 2011

Lidah Terkelu Day

Assalamualaikum & elmo.. (?) oppss.. hello everybody..

Post pendek untuk hari ni..

Layann.. Zass.. 

Comel kan gambar ni?


Lawak & entah apa-apa kan? Dia ubah dari lagu apa entah..  Tehee~


Sebenarnya post kali ni macam Wordless Wednesday jugalah.. tapi saja miss tukar tajuk... 

Unik itu perlu :) ?


P/s : Guess what? I tak de homeworklah.. Alhamdulillah.. kihkihkih :D Dahlah nak solat, pastu sambung blogwalkinggg.. 


Tuesday, June 14, 2011

Tka tau nak letak title apa -.-"

Assalamualaikum.. & well hello semua..



Miss baru habis solat Isyak ni.. Free-free camni bagus buat post.. homework pun takde hari ni.. Tu yang best tu.. hahaha XD sebenarnya miss buat kat sekolah tadi.. tak mainlah last minute kan.. eceh! Padahal kadang-kadang miss pun last minute juga.. Kantoi sudah..  Memang tak berdisiplin at all..


Nak tahu tak? Jumlah saham (periksa) miss ni naik turun, naik turun.. ishh, takleh naik ke? Itulah main-main je kerja.. bukan nak belajar.. hahaha XD perli diri sendiri.. lawak betul lah.. <-- tak lawak pun.. -.-"

P/s : Nak bagi hadiah saguhati apa untuk Jepun yang datang kat sekolah nanti ek? Cuba bagi idea bernas sikit... hihihi.. :) Sorry post agak boring & terlalu pendek..  (sorry naik lorilah..)


Monday, June 13, 2011

Dapat Hadiah Dari Penulis Senja

Assalamualaikum.. Petang semua..

Miss petang-petang camni free, buatlah post sampai dua.. entah ada orang baca ke tidak.. Kalau nak baca post yang baru diterbitkan 10 minit tadi scroll down or tekan sini (tekan jelan, auto new tablah)

Miss tadi sekodeng blog PS, bukan sekodeng PS eh.. eh, melampau laa tu.. Dia kasi hadiahlah.. :) thank you ye Ps.. Tengok-tengok je la ye.. jangan ambik.. kalau nak, minta kat Ps.. sorrylah ye.. 



THANK YOU..


THANK YOU..


THANK YOU..
VERY VERY MUCH TO PS!


Tengok gambar atas ni.. miss kasi BESARR PUNYA! sampai termasuk ruangan sidebar.. takpe.. sekali sekala.. bukan selalu miss dapat hadiah ni..


Nak tahu kenapa miss buat 2 post hari ni?
Sebab, takut tak sempat nak post esok.. entah-entah esok miss ada homework.. busy gila ke.. Who knows right? :)
-Miss Xyz-


Normal Monday

Assalamualaikum & haii...

Aku tak tau laa bile natang ni nak tutup mulut.. hahaha XD anyway, cutelah.. hihihi..


Miss baru jep sampai rumah.. Believe it or not? believe it jelah tadi miss naik bas dengan abang miss.. (bukan abang angkat atau boyfriend, HARAP MAKLUM)

Camne sekolah or kerja hari ni? Miss ingatkan boring kat sekolah tadi.. Rupanya okaylah jugak.. Not so bad.. :D



Topik borak-borak hari ni.. tak lain tak bukan mesti pasal cuti.. kalau hari ni takda mata pelajaran apa-apa, mesti hari ni borak pasal cuti jep... banyak betul nak cerita.. itulah, inilah.. bla..bla..bla..hahaha XD

Tadi ada assembly.. biasalah, hari Isnin, tak sah kalau takde assembly.. tak gitu? Sekolah miss ada Program Pertukaran Pelajar dengan Jepun.. Miss jadi penolong dalam kumpulan yang telah ditetapkan... Ya Allah! Malasnyeeww.. Dahlah kena kutip duit untuk beli bajulah & bayaran apa entah (penolong tak bertauliah langsung).. Jepun nak jajah datang minggu depan pulak tu! Haiyoo.. 

Kat sekolah tadi, ada sesi tangkap gambar untuk kelas.. 3 words - I'm Not Readylah - Buka-buka sekolah je cikgu umumkan ada sesi tangkap gambar kelas, takleh lama lagi ke? Kalau muka miss teruk dalam gambar tu nanti.. hurmm, lantaklah.. XP


Pengawas yang tangkap gambar tu pakai kamera camnilah.. tapi tak tau lah jenis DSLR yang mana..


Keputusan peperangan (peperiksaan) telah diumumkan, bukan semua.. 1, 2 je.. Nak tahu? hehehe, nantilah ye.. miss buat post khas untuk keputusan peperiksaan.. boleh pulak camtu kan?

Harap-harap semua keputusan okay... InsyaAllah..



P/s : hohoho, membebel je kerja aku ni kan.. Nasib baik hari ni takde homework.. boleh relaks sikit.. Cikgu, cikgu memang baiklah.. hehehe ^_^..


Sunday, June 12, 2011

No more Nuffnang, No more holiday

Assalamualaikum... Morning para readers, bapak-bapak, ibu-ibu, semua yang ada di sini..


Dah exercise? hehehe, miss pun belum exercise lagii.. kihkihkih.. Miss cadang tadi nak main polis & 3 dengan rabbit-rabbit miss.. Tapi saja nak menjana pendapatan lemak.. heh? malas sebenarnya..

Nampak tak iklan-iklan yang kadang-kadang menarik & kadang-kadang tak menawan langsung kat blog miss ni lagi? Maksud miss iklan Nuffnang.. Takdekan? Nak tahu nape miss buang? Walaupun miss dah berstatus Glitterati (sempat lagi nak poyo) dalam Nuffnang, tapi miss tetap buang juga.. tak kira! nak buang juga.. korang berani halang ke? hahaha gurau je pagi-pagi ni.. Miss buang sebab...

1 ) Miss terbaca entri ni.. (Jangan risau auto new tab)

2) Fed Up tak dapat-dapat duit.. 1 sen pun haprak.. habuk je ade <-- haa, nilah namanya tamak & tak sabar nak dapat duit.. hahaha XP

3) Nak meringankan lagi blog (sebenarnya ni alasan miss reka jep.. hihihih :D)

Tapi sebenarnya alasan paling kukuh ialah alasan nombor satu tu.. korang bacalah entri tu ye.. Malas nak terangkan kat sini.. pemalas rupanya... hehehehe..

So Nuffnang? NOT ANYMORE :)




Okay, semua orang tau.. Esok takde lagi cuti sekolah.. Kesian kan? >.<  Tak boleh lagi nak menternak taik mata, menjana lemak, membuat gossip di facebook (bukan miss okey, saya baik (weikk) & bersengkang mata blogging berejam-rejam.. Tapi orang-orang Kelantan lagi kesian sebab hari ni diorang kena kerja & pergi sekolah.. Yelah.. bola kalah means no cuti for hari ni.. Sorry orang Kelantan, bukan miss nak menambahkan lagi kesedihan di hati.. Sorry okey? Jangan marah, jangan tersinggung.. Tak moleklah.. hehehehe :)


Itu sahaja karangan luahan oleh insan yang tak special & insan biasa.. 
-Miss Xyz-

Notes : Selamat Bersekolah Semula.. Jangan buat alasan pelik-pelik tak nak gi sekolah..  Korang mesti rindu seseorang kat sekolah tu kan.. hahahahaha XD Gelak mememanjang je aku ni.. :)



Saturday, June 11, 2011

Aku Nak Jadi Blogger Bertuah

Assalamualaikum & holaa..

Malam-malam ni boring, malas nak layan perlawanan bola sepak malam ni.. So, macam biasalah blogwalking.. And terjumpa contest oleh Penulis Senja (Ps)



NAK JOIN? TEKAN SINI..
ok,.. syarat-syaratnya..


1. Buat entri.. -Done-

2. Tepek banner -tu atas tu apa benda, hehehe Done-

3. Bagi link entry yang best menurut korang


Napa miss suka? Sebab miss rasa bersyukur jadi perempuan.. Yelah, ada apa orang yang mengeluh bila jadi perempuan sebab kena tutup aurat & sebagainya.. Mungkin dengan membaca entri camni diorang lebih bersyukur dapat jadi perempuan.. (bukan miss suruh yang laki suruh jadi perempuan.. jangan salah faham sudah..)

4. Bagi alasan kenapa ps mesti pilih blog korang menjadi blog bertuah

alasan? Mengapa? hahahaha, okaylah.. jujur miss cakap, miss join sebab boring.. Jangan kecil hati ye ps.. yelah, time ni ramai yang tengah tengok perlawanan bola sepak, miss tak minat.. hahaha XD lagi satu, rasanya nak juga rasa macam mana orang rasa perasaan bertuah tu.. (macamlah tak pernah rasa.. hihihi)

5. Dah siap hantar link kat komen.. -done-

Okay, itu sahaja kot.. 


P/s : Miss memang tengah not in the mood sekarang ni.. Yelah, lusa nak sekolah.. sikap malas menguasai diri.. Muahahaha.. XD





Award For My 50 Follower

Assalamualaikum & hello all readers n followers,



Terkezut tadi tengok follower miss dah 50!!
Yea, miss baru ade sikit follower, tak macam kamu, kamu dan kamu.. follower beriban.. hahahaha gurau je..  Miss baru cadang nak tunjukkan & review blog dia.. Dia ada 2 blog, tapi miss check,

- blog 1 ada virus
- blog 2 open for invited readers only.. 
so macam mana nak tunjukkan blog dia? huhuhuhuhu~ T3T


Ini gambar follower yang bertuah tu.. (yang bertanda merah tu).. kalau tak silap, nama yang ditulis  ❤Myra Si Gula-Gula Hati ❤.. 

Kalau awak tengah baca ni, miss nak kasi hadiah untuk awak.. 




ATTENTION : DOODLE YANG CUTE DI ATAS ADALAH HASIL KARYA CIK MEL AMALINA. Dia telah membenarkan miss meng-edit gambar yang dia bagi ni.. Thanks So Much kak Mel.. hehehe..

Sorrylah kalau hadiah tak seberapa.. ❤Myra Si Gula-Gula Hati ❤.. (nama pada profile dia)

Kalau awak nak hadiah ni, awak beritau email awak kat komen bawah ni ek.. and miss nak awak tahu, miss memang tertunggu-tunggu kehadiran 50 follower ni.. tak sangka tercapai.. 



THANK YOU KEPADA SEMUA FOLLOWER BLOG MISS!!!


Follower lain jangan jeles.. Buruk muka buat camtu.. Hahahaha.. InsyaAllah, kalau miss ada masa, miss nak kasi hadiah untuk follower miss yang lain.. Jangan risau ye.. 


P/s : hari ni lampu mentol idea miss malap agaknya.. takde idea nak tulis apa.. Ni semua gara-gara cuti sekolah dah nak abes.. hahahaha.. Sori kalau entri ni agak boring, ❤Myra Si Gula-Gula Hati ❤ jangan lupa komen kat bawah.. Yang lain pun sama.. komen anda sangat diperlukan.. Terima Kasih..


Friday, June 10, 2011

Kesian Mereka

Assalamualaikum & ello everybody!

Miss in the house.. Oppss blog actually,
Asal speaking berbagai ni.. Nak bajet ke hah? hehehe.. Takdelaa..


Sebenarnya post kali ni TAKDE KENA MENGENA pun dengan gambar ni.. Saja buh, hobi..

Sebenarnya camni.. miss tengoklah kat Audience blog miss ni..

Us : 31
Indonesia : 14
Germany : 11
Uk : 1

Mungkin berubah dari semasa ke semasa.. <-- Eleh, poyoss je dia ni

okay, sebenarnya bukan nak BANGGA.. buat ape nak bangga sikit je ni..Tak macam audience korang, tentu LEBIH banyakkan..

Kesian kan depa depa ni.. Mesti diorang tak faham sepatah haram pun apa yang miss bebelkan dalam blog ni..Tapi mungkin orang Indonesia faham kot.. Entah-entah miss bebelkan selama ni macam mak alien tengah bebel kat anak dia & kita tak paham langsung tapi anak dia fahamlah kot.. (mulalah nak mengarut)

Kalau nak harapkan Google Translater, hurmm, HAMPEH.. bukan semua bahasa benda alah ni dapat detect antaranya Bahasa Pasar, Bahasa Singkatan & rasanya itu je kot.. korang boleh tambah sendiri lah kan.. korang kan pandai-pandai belaka.. Tak pun cuba translatekan blog korang tu ke Bahasa Inggeris.. Mesti korang gelak punyaa.. Miss pernah trylah..

Kepada readers luar negara miss nak ucapkan :

THANK YOU VERY MUCH FOR VISITING MY PAGE.. I WILL VISIT YOUR PAGE LATER IF YOU LEAVE ME YOUR LINK (bukan leave me alone)-English & Bahasa International- <-- Inilah pentingnya English Education kan? hahaha.. 

 TERIMA KASIH BANGET KARENA SANGGUP MAMPER DI BLOG INI.. SILA TINGGALKAN LINK ANDA SUPAYA GUE DAPAT MAMPER KE BLOG ANDA BALIK -Bahasa Indonesia- (miss belajar daripada sinetron.. ahaks) 

 VIELEN DANK FÜR IHREN BESUCH Seite .. Ich werde Ihre Seite später besuchen, wenn Sie mich verlassen IHR LINK -Bahasa German- <-- Ni pun ambik dari Google Translater, entah betul ke tidak, terserah... Hehehehe.. 

 Harap diorang bacalah post ni, kalau tidak buat penat je miss tulis berbagai.. hurrmm, tak kesahlah.. Aiman, tak kesah.. Eh, nyebok je Aiman ni.. hahahahaha.. Eh, lupa pulak.. Kepada sesiapa yang tak tau macam mana nak tengok Audience belog kita, camni..

Pergi Dashboard --> Stats --> Audience

Kepada sesiapa yang dah tau tu, takpelaa.. ITU SAHAJA UNTUK HARI NI

Nota hujung dunia : Tak lama lagi nak buka sekolah balik, ni yang malas ni.. hehehehe~ Miss tengok ade follower barulah.. Eh, thank you ye awak!

Contest Blog Saya Pink

Assalamualaikum & pagi semua!

So, kalau pagi-pagi kenalah bukak mata besar-besar.. Eh, lap air liur basi kat mulut tu.. Haa.. Barulah okay.. Eh, teruskan..

Macam selalu, kalau miss takde idea nak tulis ape.. mesti join contest.. Sampai tak tau ni kali berapa join contest.. Korang kira sendiri je la yee..


Click gambar kat atas untuk join & tengok syarat-syarat pernyertaan!

Saya Dalam Kategori : Blog Saya PINK dan Kemas

Okay, blog saya ni takdelah FULLY PINK cuma ade laa sikit-sikit.. Sebenarnya takdela suka sangat semua PINK tapi untuk blog,  ADA PENGECULIAN KHAS untuk itu.. Hehehehe.. Sebab warna PINK nampak lembut & kemas untuk blog..

(ni kalau Sab baca mesti muntah teruk ni) 

Entah gambar sapalah aku cilok dari Google ni..

Korang jangan terkejut eh, miss ni bukannya ANTI-PINK, cuma kalau semua benda nak PINK, rambut PINK, baju PINK, seluar PINK, gelang PINK, beg PINK (except beg PINK free yang miss dapat) sampaikan gigi pun nak PINK tu.. miss tak suka sangatlah.. Miss suka PINK sikit-sikit jep..

Kat sekolah, ada classmate miss yang PINKY (gelaran orang suka warna PINK.. ahaks) Kalau buku nota dia tu tak sah kalau satu page tu takde warne PINK.. Dahsyat kan.. Nasib baik dia tak colourkan baju sekolah & kain sekolah jadi warna PINK.. Euww.. <-- Eleh, bajet geli konon...

So, kepada sesiapa yang terasa blog dia ada warna PINK walaupun sikit.. Boleh join, sebelum 28 Ogos 2011.. Walaupun lama lagi, join je laa cepat-cepat kot-kot diawalkan ke.. Who knows right?

Okay, itu sahaja.. Kalau rajin & baik hati miss post lagi.. Weeiikk di situ..

P/s : Nak tahu nape semua perkataan PINK diBESARkan hurufnya & dipinkkan? Sebenarnya ialah untuk memudahkan korang megira berapa jumlah perkataan PINK ditulis dalam post kali ni.. Siapa teka paling betul dapat hadiah Senyuman Ikhlas Lagi Menawan Dari Miss... <-- Hadiah tak best langsung..


Menawan tak? Ahaks..



Thursday, June 9, 2011

Talkative Thursday

Assalamualaikum & good morning semua..<-- time post ni tulis morning lagi, tak tau laa bila korang baca ni time ape.. hehehehe

Miss pernah baca, setiap kali hari Rabu je mesti ramai yang buat Wordless Wednesday, pastu buh gambar berbagai.. Hari ni miss reka sendiri, yeah.. Talkative Thursday.. tapi kan Wordless Wednesday cam best je..nak buat jugakla nanti.. hehehe

Pagi tadi agak sejuk, mungkin sebab hujan semalam.. Time nak ambik wudhu' untuk solat subuh tu memang menggigil sikit.. Miss dah siapkan kerja sekolah pagi tadi.. yea! yea! Ohh, sori agak kebudak-budakkan tu memamng terserlah laa kan.. (Dasar kanak-kanak Ribena) yang tak boleh belahnya dah nak bukak sekolah baru nak siapkan kerja sekolah.. hah! kesian..

Ni nak cakap ni... miss dah upgarade sikit (design) blog miss ni.. Nampak apa-apa yang baru tak? Hehehe~ Mama miss kasi guna laptop.. Sebab tu tengah upgrade blog biar mantop.. Eceh!  Oklaa.. Nak sambung edit ni.. Nanti miss post lagi.. tengah takde idea ni..

P/s : kata Talkative Thursday tapi tulisnya sikit.. Yelaa.. kang aku membebel & merepek tak tentu pasal kang korang boring pulak kaann,.. hehehe.. Psstt, cantik tak blockquote baru ni, ce try lalu mouse tu kat sini.. Nampak ape? hah? nampak hantu? ohh yang tu miss tak taulah yee.. heheheehe >.<!



Wednesday, June 8, 2011

Tiada Lagi Nora Elena

Assalamualaikum & alohaa! 

Sihat-sihat semuanya? Alhamdulillah miss sihat jugak.. Siapa yang tak sihat tu, ermm, makan ubat n rehat banyak-banyak tak yah nak blogging je keja.. heh? jangan marah..

Tadi baru je main dengan blander... Best! Bunyi cam motor.. Tapi miss nangis tadi, semuanya angkara bawang merah.. Cehh gedik je aku ni.. tu baru KUPAS bawang bukannya HIRIS lagi.. hahaha.. meleleh ari mata aku.. Mama relaks je.. Tapi miss pernah baca kalau nak elak MENANGIS time kupas or hiris or wtv buat sambil kunyah chewing gum, kalau nak kunyah bawang tu pun boleh gak (auta ni).. hehehe, nak buat masak lemak cili padi ni... miss tolong je.. (this was anak dara for)

Nak tau tak?
Miss baru kenal siapa tu Seth Tan.. hahahaha! kesiann.. Miss sebenarnya tak layan sangat cerita Nora Elena kat TV3 tu.. rupa-rupanya Seth Tan tu Aaron Aziz tu.. hahaha! ketinggalan zaman tul miss ni.. apa-apapun nama dia tak terlebih unik bunyi pun cam setan je..


Balik pada tajuk asal post miss hari ni..
Ada seorang blogger ni, dia tulis surat bantahan kat TV3.. kecoh para blogger seMalaysia & facebook tentang blogger ni.. tak pasal-pasal TV3 telah menghentikan siaran cerita Nora Elena tu..

WA KENAKAN LU BEB!

miss tipu je.. Tipah tertipu! hehhehe.. blogger ni cuma gurau je.. anyway, surat dia tersangatlah lawak.. kalau korang nak tengok surat ala-ala bantahan ni..


Click sini laa weyy :)


P/s : korang tengoklah cerita favourite korang tu petang ni cam biasa.. Sorry semuanya hanyalah gurauan semata-mata.. lek lu.. >_<












Tuesday, June 7, 2011

Contest Twinkle Twinkle Little Star

Assalamualaikum & aloha..

heheheh!~ Tajuk hari ni macam lagu kanak-kanak.. Ingat lagi tak? Cuba ingat balik.. alah, time kita kecik-kecik dulu selalu nyanyi takkan kecik-kecik dah nyanyi lagu cinta kot?

Still tak ingat? >,<? Kesiaann.. meh miss ingatkan balik..



Hahaha! Dah ingat? Baguslah..

Okay, sebenarnya miss join contest kat bawah ni..


Tekan banner kat atas ni untuk join.. Jangan malas-malas..

Kanak-kanak hepi yang di-tag:

Sab

Cik Purple

Izzaty Hedry

& sesiapa yang berminat!


Hadiah dia tersangatlah bestt! Korang check lah sendiri
Cau dulu.. Assalamualaikum.. Selamat Malam..



Ni Yang Tension Ni~

Assalamualaikum & hello semuaa..


Tinggal 4 hari je lagi sekolah dibuka semulaa.. TIDAKKK!
Apa perasaannya? Mestilah boringg & tak beshh.. Korang camne?
MIss still lagi nak kat rumah puas-puas..
Takpe nanti miss hantar surat kat pengetua suruh dia panjangkan cuti lagi..
Hahahaha, harapan laa..

Hari ni memang sunyi sikit..
Abah pergi kerja (maybe). mama, tok dengan abang sulong miss pergi Melaka..
Adik pergi tuisyen..
Huhuhu..

Semalam miss nak pinjam laptop mama untuk upgrade blog ni..
Rupa-rupanya laptop kat office mama..
Nooooooooo!
Melepas laa lagi nak cantikkan blog..
Kadang-kadang bila tengok blog orang comel2 belaka.. Jeles tau! bukan jeles yang biasa tapi jeles yang membara.. hahahaha XP

Yela, takkan laa korang asyik nak tengok design yang sama je dalam blog ni..
HIDUP MESTI ADA PERUBAHAN --> Perubahan yang baik & positif

Errmm, Miss tengok status miss kat Nuffnang dah bergelar Glitterati tapi duit 1 sen pun tarak.. Hahahaha, kesian.. Biar je la.. Anyway, sesiapa yang tolong click iklan tu TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK , tuhan sahaja yang boleh membalas budi baik anda.. Sesiapa yang tak click tu.. Ada aku kesah? hehehe, Jangan Marah.. :]

Bosan seperti miss?
Pergi www.cleverbot.com


NAK SAMBUNG BLOGWALKING!


Monday, June 6, 2011

Wow! Korang kena tengok ni! COOL!

Assalamualaikum & hello you alls!

Tengok video ni..


Cool kan!

Lepas baca tekan +1 tau.. hehehe Komen jangan lupa..

tu je.. Assalamualaikum..




Mayat atas kubah Masjid Nabawi


Assalamualaikum & Selamat Sejahteraa..

Alhamdulillah, Miss dah kenyang makan kari munggai dengan daging tadi.. hikhikhik 

Korang semua dah makan? Kalau belum, lepas baca ni terus pergi makan ok? Kang lapar.. (kecuali orang yang tengah puasa sunat hari ni.. Sabar ye...)


Okay, hari ni sebenarnya miss takde idea nak tulis pasal ape.. So, miss godek-godek email miss yang lama-lama tu.. Pastu teringat pasal email yang miss terima daripada mak miss.. hehehe.. 

Mungkin ada orang yang dah tau pasal ni..  
Miss rasa ramai orang yang mengunjungi dan beribadat di masjid Nabawi , Madinah tetapi tidak tahu ada benda ini ! 



SUBHANALLAH, ini adalah sebuah keajaiban yang terjadi sekitar 90 tahun yang lalu... 

Diriwayatkan oleh Sheikh Al-Zubaidi:

Ada seseorang yang cuba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW-- kubah warna hijau di Masjid Al Nabawi (Gumbad-e-Khizra) Madinah, yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW--. Namun, ketika pelaku mencuba memanjat kubah tersebut untuk mula menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat datang menghentamnya. Pendaki yang berniat jahat tersebut pun tewas di tempat. Pelik! tidak ada seorang pun yang mampu menghilangkan (mengangkat) tubuhnya dari atas Kubah tersebut! 

Ia juga mengatakan bahawa seorang yang saleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya, bahawa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan bahawa ia harus dikuburkan di sana sebagai peringatan dan pelajaran bagi orang-orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkan kubah itu di masa depan!

Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di sana, di atas kubah dan menutupi tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang.

Credit : Pengirim email ni
 
Subhanallah, Allah kalau nak balas perbuatan kita di dunia tak yah tunggu akhirat, kat dunia pun Allah dah tunjuk.. Semoga kisah ini dijadikan pengajaran.. InsyaAllah.. 

P/s : Sorrylah kepada sesiapa yang nak share benda ni tak boleh sebab miss buat Disable Highlight & Disable Right Click.. hehehe ^_^